Jangan Jadi Hamba Duit

Thursday, November 10, 2016

Assalamualaikum wbt.  Hidup perlu duit tapi jangan sampai menjadi hamba duit.  Tiba-tiba rasa nak bercerita tentang DUIT.  Sekarang ni memang tidak dinafikan barang-barang semakin meningkat harga.  Kalau melangkah keluar rumah, tiada yang percuma. Selangkah keluar rumah mesti nak kena guna duit untuk isi minyak kenderaan, tol, makan minum dan sebagainya. Tambahan pula yang ada anak-anak kecil. Mereka bukannya tau. Mereka tahu minta dan minta bila nakkan sesuatu.

Bagi mereka yang bekerja, kenalah cuba seberapa boleh adakan tabung simpanan.  Isilah seberapa mampu yang boleh. Rancanglah perbelanjaan setiap hari.  Baru-baru ni tak sengaja bersembang dengan satu keluarga yang mengalami masalah kewangan.  Anak-anak sedang membesar dan perlukan perbelanjaan.  Barang-barang semakin naik harga. Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan.  Simpanan tiada. Belum habis bulan letih dikejar pihak bank atas bayaran yang tidak mampu dilunaskan.  Sedih sangat!!

duit banyak, doa usaha ikhtiar tawakkal

gambar google


Apa nasihat yang termampu nak bagi selain daripada bersabar dan bersabar. Ujian Allah tiada siapa yang tahu bila dan bagaimana datangnya. Tapi sebagai umatnya, cubalah berfikir panjang dan tabah, jangan cepat melatah.  Ingat mereka yang disekeliling kita.  Cuba sebaik mungkin jangan pamerkan kesukaran kita di depan anak-anak.  

Akak pernah terbaca tentang AKPK dan akan dah cadangkan pada keluarga tersebut untuk berbincangan dengan agensi ini.  Mana tahu boleh membantu. Setiap masalah ada penyelesaiannya, yang penting kita kena yakin dan buat tindakan yang betul.

Bagi anak-anak muda yang baru memulakan kerjaya. Jangan terlalu mewah berbelanja.  Bergaya dan berbelanjalah mengikut kemampuan bukan mengikut keinginan.  Jangan jadi hamba duit.

Tiba-tiba emosi pulak.

You Might Also Like

2 comments

  1. Sokong...
    kita orang melayu, maju sikit dalam bisnes terus nak bermewah..
    LAst2..kecundang jua..huuhuhuhu

    Posting terbaru AM
    5 bahaya MSG kepada badan manusia


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  2. Ya, sebaliknya jadi tuan duit ngan uruskan kewangan dengan bijak supaya tidak kekurangan wang bila2 masa saja.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook