Assalamualaikum wbt.  Dah lama berblog tapi tak aktif.  Baru setahun dua ni akak aktif semula.  Usia tak menghalang untuk berblog.  Yang penting ada minat. Akak memang suka menulis.  Bercerita dalam penulisan. Dunia blog bagi peluang untuk akak menulis, bercerita. Pada masa yang sama akak dapat ramai kawan daripada pelbagai lapisan usia dan dari pelbagai ceruk negeri.  Seronok pulak!!

Bila ada masa terjah masuk bw kat blog kawan-kawan maya. Bila dah bw tu jangan lupa tinggalkan komen. Ada juga kawan-kawan yang menyediakan hadiah pada readers yang rajin tinggalkan komen. Akak suka sangat tu!! Salah satu blog yang rajin bagi hadiah pada top comentators nya ialah blog SURIAAMANDA .  Penghargaan pada readers. Akak pun dah dapat. Top comentators untuk bulan Ogos.  


hadiah top comentator; menang hadiah; top comentator


Nilah hadiahnya. Frame gambar yang sangat menarik. Boleh letak atas meja ataupun gantung saja.  Asal dapat je hadiah, budak-budak nilah yang sibuk nak buka dan nak letak kat tempat masing-masing.  


hadiah top comentator; menang hadiah; top comentator


Ada 3 bahagian, boleh letak 3 keping gambar.  Letak gambar anak-anak masa kecil dulu. Banyak gambar yang akak tak print lagi sebenarnya. Era digital kan ...semua gambar simpan dalam CD ataupun hard disk.  Kalau nak pilih untuk print memang pening dibuatnya.  Kena cari masa yang sesuai untuk keluarkan gambar-gambar menarik nanti.

Terima kasih yer SA. Korang pun rajin-rajin terjah blog beliau. Banyak perkongsian berguna untuk panduan bersama. Tambah-tambah kalau korang takde idea nak masak apa. Tengok gambar-gambar masakan kat blog SA ni pun dah naikkan semangat nak memasak.

4 Comments