Assalamualaikum wbt.  Apa darama bersiri yang menarik sekarang ni? Kalau tanya akak memang akak geleng kepala je la. Jarang sangat mengikuti siri drama ni. Kalau tengok pun sambil-sambil lalu gitu aje ataupun masa tengah gosok baju.  

Tapi tak pada anak-anak. Ni pengaruh iklan jugak ni. Kalau tanya dzakwan, nak tengok cerita apa lepas makan?...Tau apa dijawapnya? Nak tengok cerita Abang Bomba I Love You. Terkejut kejap. Kalau dengar iklan pun dia boleh tahu tu iklan Abang Bomba I Love You.  Suspek utama yang mempengaruhi adik ni dah tentulah kakak-kakaknya.  Tapi jarang sangat akak bagi kebenaran tengok, kalau nak tengok pun tunggu week end. Biasanya ada ulangan semula siri-siri ini di Astro.

Apa yang menariknya cerita ni? Akak luangkan jugalah masa cuba cari tarikannya.  Mungkin pelakon si Hisham Hamida dan Amira Othman. Jalan cerita biasa-biasa aje. Cerita adaptasi novel juga. Banyak sangat adaptasi sekarang ni, takde idea tulen. Mudah kot sebab cerita dah ada cuma nak kena edit mana yang perlu saja.

Sinopsis Novel Abang Bomba I Love You

Sedikit ringkasan cerita ini yang akak ambil daripada novel :


“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Waktu Tayangan


abang bomba i love you , sinopsis abang bomba i love you , pelakon abang bomba i love you


Pada korang yang berminat bolehlah tonton drama 16 episod ini di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis. 

0 Comments