Kami Berbangga Dengan Anda

Tuesday, August 23, 2016

Assalamualaikum wbt.  Berakhir sudah pemburuan pingat bagi Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016.  Berbangga jugaklah dengan pencapaian 4 perak dan 1 gangsa yang dimenangi oleh atlit negara di Rio.  Bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai walaupun keinginan untuk mendengar alunan NegaraKu berkumandang tidak kesampaian.

Akak bangga dengan mereka. Daripada 5 pingat tersebut, dapat tengok aksi 3 perlawanan aje iaitu lumba basikal trek, double man badminton dan perseorangan.  Akak follow ketiga-tiga games ni daripada peringkat suku akhir lagi. Sampaikan masa ke Sungai Buloh hari tu sanggup tunggu sampai tengahmalam tengok badminton separuh akhir. Lepas tu sanggup pulak tunggu perlawanan akhir tamat baru bergerak balik ke kulim. Haha.....semangat Olimpik sangat!!!

Sebagai ingatan dan kenangan pada mereka yang mengharumkan nama negara di Rio.

Olimpik Rio 2016 pemenang pingat untuk Malaysia

Pemenang pingat perak yang pertama untuk negara. Perenang hebat ini dalam acara diving duo - Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Akak tak sempat tengok acara ini. Bila dengar di berita radio atas kemenangan mereka, terus jadi bertambah minat mengikuti perkembangan Olimpik Rio.


Olimpik Rio 2016 pemenang pingat untuk Malaysia

Mix double badminton juga berjaya meraih pingat perak. Tak pernah lagi rasanya pasangan mix double berjaya ke tahap ini. Tahniah buat pasangan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon.  Kemenangan anda membuktikan Malaysia masih boleh pergi jauh lagi dalam area badminton. 


Olimpik Rio 2016 pemenang pingat untuk Malaysia

Masa tengok Azizulhasni Awang berentak di trek lumba basikal, memang rasa macam kaki mengayuh sama. Ye lah kesungguhan pelumba memecut di pusingan akhir tu memang mendebarkan. Bila tengok saiz depa ni, Azizul memang kecil sangatlah tapi kayuhan mantap. Tahniah PocketRocketMan...walaupun dapat gangsa!!


Olimpik Rio 2016 pemenang pingat untuk Malaysia

Menonton perlawanan separuh akhir dan akhir pasangan ini memang buatkan jantung bekerja keras. Sentiasa dalam debaran. Dup dap dup dap setiap kali mata dipungut.  Tak jadi kerja tau sebab penat bersorak tengok depa ni berlawan.  Goh V Shem dan Tan Wee Kiong...korang memang terbaik.!!



Olimpik Rio 2016 pemenang pingat untuk Malaysia

Pada akak, perlawanan antara Dato Lee Chong Wei dengan Lin Dan pun dah macam perlawanan akhir. Itupun akak dah kira kemenangan hebat buat Malaysia. Tak pe la dapat perak pun...perak Olimpik tu!!! 

Sebagai rakyat Malaysia, akak memang berbangga sangat dengan kemenangan mereka ini.  Kemenangan mereka memang kemenangan bergaya!! Semuanya berusaha untuk dapatkan pencapaian tertinggi tapi apa yang korang capai tupun dah terbaik. Moga ganjaran yang korang terima akan terus menaikkan semangat korang untuk menaikkan nama Malaysia dalam bidang masing-masing.

* gambar semua guna gambar google, terima kasih pada penyumbang

You Might Also Like

1 comments

  1. tahniah buat wira negara...mungkin di masa akan datang akan bertambah pingat...mana ada kejayaan jalan mudah

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook