Penyelamat Di Masa Kecemasan

Thursday, July 14, 2016


Assalamualaikum wbt.  Siapa yang terlibat dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya semasa cuti raya baru ni?  Akak terlibat juga tapi tak lah sampai berjam-jam atas jalan.  Salah satu sebab kami suka memulakan perjalanan di tengah malam atau awal pagi adalah untuk mengelakkan terlibat dengan kesesakan lalulintas. Kecuali jika ada kemalangan, itu kejadian yang tidak dijangka.

Cuti raya baru ni, kan aktiviti akak sekeluarga agak padat sebab mengejar masa yang agak singkat di kampung akak. Rezeki murah tahun ni, setiap rumah yang disinggah memang makan best best. Bila sesekali balik kampung, makan tu kadang-kadang tak kira sangat...rembat je bila rasa menarik dan sedap. Bila dah makan macam-macam, kalau tak kena gaya memang sakit perut menyerang.  Malam tu,mula-mula adik wan yang kata sakit perut. Lepas tu syafiah.  Masa ni memang atas jalan dan kebanyakan klinik tutup. Nak cari klinik 24 jam memang agak sukar sebab tak tahu kat mana nak cari. Mujur akak ada bawa bersama minyak Yu Yee Cap Limau. Terus aje sapukan minyak kat perut masing-masing dan suruh tidur sementara tunggu siang hari. Kenalah maknya jadi nurse malam tu tanya keadaan masing-masing. Akak kira kalau tak berkurang, bawa terus ke hospital. Nasib baik dua-dua orang kata dah ok lepas angin keluar pot pot dan berebut-rebut ke tandas...hahhaahaha....

penyelamat di masa kecemasan; minyak yu yee cap limau


Esoknya dalam perjalanan pulang ke kulim, atas lebuhraya juga, en hubby pula tiba-tiba badannya jadi gatal-gatal. Nak kata ruam bukan, naiknya tiba-tiba macam alergik pulak.  Mulalah berkira apa yang dah dimakan sebelum ni. Habis semua disenaraikan. Terpaksalah tukar driver sebab en hubby dok menggaru tak henti. Tengah highway kan, kat mana pulak nak cari klinik ?  Akak bagi je minyak Yu Yee Cap Limau kat hubby suruh dia sapu dulu satu badan dengan minyak tu. Kawalan sementara, barulah kurang sikit menggaru. Memandulah akan sampailah ke rumah lebih kurang jam 3 pagi. Masa tu memang tengok badan hubby pun merah-merah dek naik macam ruam tu rapat-rapat. Dah unload barang-barang masuk kereta, barulah bawa hubby ke klinik. Pagi-pagi hari dah mengadap klinik...hehe.....

penyelamat di masa kecemasan; minyak yu yee cap limau

Ni kat tangan, sampai rumah terus check....lepas sapu minyak kurang sikit naiknya tapi still gatal tak boleh kata. Kesian pulak tengok en hubby menggaru tak henti. Pi klinik dapat sejarum...alergik...tak tahulah silap apa makannya, tak pernah kena seteruk ni.


Mujurlah ada minyak Yu Yee Cap Limau ni dalam kereta.  Memang berguna di saat-saat kecemasan macam ni, membantu juga mengurangkan kesakitan yang tak diduga. 

You Might Also Like

11 comments

  1. yu yee cap limau ni memang elok. kecik pun kecik, senang nak bawak. tak pernah tak ada minyak ni dalam poket seluar. kena sentiasa bawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahkan, bila nak guna senang nak cari

      Delete
  2. uish ada jugalah faedahnya minyak yuyee tu. tapi sian tengok gatal2. kita pun ada alergik gitu gatal merenyam. tapi ada bawa pil sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah kena tu yang tak prepare apa2....guna apa yang terfikir je masa tu

      Delete
  3. selalu tgk minyak tu kak ipaq sapu kat kaki anak2 dia sblum tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zi pun selalu sapu kat kaki anak sblm tidur. Bau dia yg ala-ala limau tu yang best

      Delete
  4. tak pernah cuba lagi minyak ni.wangi tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bau limau. Kalau suka bau limau/lemon....mesti suka kat minyak ni

      Delete
  5. minyak yu yeee...ada juga kat rumah in case kalau cik puteri sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sentiasa ada standby kat rumah,opis dan dalam kereta

      Delete
  6. suka bau minyak Yuyi ni.. lagi2 kalo time sepupu sapu kat anak2 diorang..
    xde pun dalam simpanan tapi sukala bau dia..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook