Hidangan Ringkas Untuk Sarapan Atau Minum Petang

Wednesday, July 27, 2016


Assalamualaikum wbt.  Pagi atau petang kalau hari bekerja memang akak punyai masa yang sangat limited untuk menyediakan makanan untuk keluarga.  Kadang-kadang kalau tidak terlalu kepenatan, akak akan sediakan bahan-bahan sebelah malam. Kalau tidak pun akak plan siap-siap dalam kepala nak buat apa, paginya bila bangun terus bergegas buat.  Minggu lepas dan minggu ni, ada yang berpuasa kat rumah. Alhamdulillah, masing-masing cuba nak selesaikan sebelum Syawal berakhir. Kenalah support siapkan juadah ringkas untuk berbuka.

Minum Pagi atau Petang dengan Menu Ringkas

Dah hujung-hujung bulan, kenalah tengok apa yang ada berbaki dalam peti ais yang boleh digunakan sebelum isi stok baru.  Biasanya setiap hujung minggu akak top up stok yang boleh tahan lama simpan dalam freezer. Bila belek-belek fb tu, rajin-rajin lah juga skodeng kawan-kawan yang rajin memasak. Mana yang menarik dan mudah kita simpan jadi rujukan. Hasil godek-godek freezer, terhasillah 2 menu yang memang ringkas dan cepat sangat nak sediakan. Menu sosej rolled dan popia sardin ni memang sesuai dihidangkan untuk sarapan atau minum petang. Nak share resepi pun segan, mudah sangat..hehhee..

Sosej Rolled

Sosej
Wrap/roti canai segera - kalau rajin, buatlah doh roti
Kuning telur

Sosej tu akak rebus dulu. Rebus sekejap aje. Kalau sosej panjang bolehlah potong dua, akak guna sosej coktail je, pendek-pendek. Akak guna wrap jenama mission beli kat Giant. Boleh je nak guna roti canai segera atau pastri siap yang ada dijual. Kalau rajin boleh juga buat doh roti. Potong panjang ikut saiz sosej tadi.  Kemudian letak sosej atas wrap dan gulung elok-elok. Siap atur susun semua, sapukan kuning telur di bahagian atas sosej rolled tadi. Lepas tu masukkan dalam oven yang telah dipanaskan. Guna suhu 150-170c. Bakar dalam 5 minit atau sampai nampak kuning keemasan. Kalau guna wrap tu kejap je la sebab nipis. Kalau guna pastri atau doh roti, korang lamakan lah sedikit masa membakar. Dah siap dan bolehlah makan...


hidangan ringkas untuk sarapan atau minum petang; popia sardin; sosej rolled


Popia Sardin

Resepi ni akak dapat lepas skodeng kat blog adik enyabdullah. Memang senang sangat. Baca sekali lalu dah boleh hadam...tapi hadam cara akak lah kan..hehe

Kulit popia
sardin - akak guna 2 ketul je
bawang besar - potong dadu kecil-kecil
cili merah atau cili padi - potong kecil
garam
telur atau mentega - ni guna untuk gamkan kulit popia tu bila dah gulung
1 biji limau nipis

Sardin hancurkan, masukkan sedikit kuah dia. Campuran dengan bawang besar dan cili merah/cili padi yang telah dipotong tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam. Masukkan perahan limau nipis untuk mengurangkan bau ikan tadi.  Kalau rajin boleh je masak inti tu sekejap. Siap semua, letakkan sesudu atau lebih atas kulit popia, lipat dan gulunglah. Kalau nak lipat macam samosa pun boleh. Akhir sekali gorenglah dalam minyak yang panas.  Popia ni goreng sekejap aje. Dah boleh dihidangkan.


hidangan ringkas untuk sarapan atau minum petang; popia sardin; sosej rolled


Sedap habaq anngg....berebut-rebut budak-budak ni makan. Ada request lagi suruh buat untuk berbuka esok. Pada yang mencari-cari menu minum petang atau sarapan pagi esok bolehlah cuba.

You Might Also Like

18 comments

  1. alahaiiiiii nampak sedap la pulakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat cepat...makan panas-panas cepat jer abisnye

      Delete
  2. Salam singgah pagi sini.... sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...nanti akak kunjungbalas yer

      Delete
  3. Replies
    1. memang mudah...cepat disediakan sedap dimakan... he

      Delete
  4. simple. nanti akak nak suruh anak2 buat. heeee.. depa lagi suka kalau benda2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yan...cari yang mudah-mudah supaya budak-budak ni boleh buat sendiri bila perlu

      Delete
  5. sedap n simple....dua2 ayu suka

    ReplyDelete
  6. Sedap dan senang nak buat..sedapnya popia sardin. Suka apa2 saja berkaitan sardin. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal sardin pun sedap...kalau rajin inti popia tu boleh juga guna sambal sardin

      Delete
  7. uuish ni kategori simple akak eh ? kalo CT ni dah hard da ni hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....senang je nak buatnya ...

      Delete
  8. Ini kalau buat untuk sarapan pi kerja pun ok ni kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA...buat lebih bawak bekal gi opis

      Delete
  9. semua feveret ni.. yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....kalau masa lapar lagi cepat selesainya

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook