Kenalpasti Tanda-tanda Awal Strok Haba

Tuesday, April 12, 2016


Assalamualaikum wbt

Cuaca panas masih berlarutan sampai hari ini. Semalam sekolah di beberapa daerah di Pahang dan negeri Perlis terpaksa diarah tutup untuk anak-anak. Memang panas sangat di utara ni.  Rumah akak pun boleh dikatakan waktu pagi sahaja tidak on air cond. Sebaik sahaja anak-anak balik sekolah memang berebut dok dalam bilik air cond.  Bila hari Ahad akak pi ambil kak afiah balik sekolah, kesian tengok anak-anak yang menunggu bas atau kenderaan balik. Berpeluh-peluh dengan beg di bahu, di tangan. 

Hari ni pulak air cond kat ofis akak buat hal. Tak sejuk. Aduh!!...pagi-pagi dah berasap rasa.  Jangan sampai sakit kepala lagi sudah!! Pagi-pagi akak dah antar email dan wasap ke group yang berkaitan supaya ambil tindakan segera. Kalau tak....masaklah kami tunggu sampai petang...

Kena hati-hati juga supaya tidak sampai terkena stroke haba. Pastikan banyk minum air. Pesan juga pada anak-anak. Adik Wan jenuh jugak nak suruh minum banyak air. Naluri anak-anak memang suka bermain, asal petang ajer nak keluar main dengan kawan-kawan. Kenalah pastikan bekas air diletak diluar rumah bila dia keluar bermain. Barulah rajin nak minum air selalu..


Kenalpasti Tanda-tanda Awal Strok Haba


Jaga kesihatan yer semua...

You Might Also Like

2 comments

  1. Risau dgn keadaan cuaca skrg...Nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sentiasa prihatin kesihatan diri dan keluarga

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook