Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut

Monday, April 18, 2016


Assalamualaikum wbt



Cerita lama akak nak update ni.  Cerita masa cuti sekolah. Lewat sebulan...boleh lagi kot...cerita sendiri, kalau amanah client kena up cepat-cepat.

Setakat ini, akak dah berjaya mengumpulkan rakan-rakan sekolah rendah, menengah mahupun di IPTA. Alhamdulillah, ukhwah kembali terjalin terutama yang dah lama terputus hubungan. Cuti sekolah bulan Mac yang lepas, akak berjaya menjejak kembali kawan-kawan sekolah rendah. Giler lama kau!!! Sekolah rendah tu!!! Hampir 30 tahun yang lalu. Walaupun tak dapat kumpul semuanya tapi yang pastinya geng suka buat bising semua ada. 

Istimewanya rakan sekolah rendah ni ialah semuanya anak-anak komando gerak khas kecuali beberapa orang macam akak ni. Akak join depa ni pun sebab ikut ayah akak yang mengajar dalam kem. Anak-anak komando memang lasak-lasak. Macam-macam punya perangai ada tapi mereka semua baik-baik.  Adalah satu yang tak dijangka dapat bertemu berbual semeja balik dengan dia orang ni. Betul-betul akak tak sangka! Misi Gerakhas...hehe

Perancangan untuk reunion rakan sekolah rendah ni dibuat hampir 4-5 bulan jugak. Bukan nak buat secara grand tapi nak mengumpulkan tu yang mengambil masa.  Masing-masing dengan jadual sendiri, jadinya selepas tarikh dipilih, kami masing-masing booking cuti siap-siap. Lokasi yang kami pilih ialah di Damai Laut Beach Resort, Lumut. Mujur memang ada kawan yang bertugas di situ, jadi urusan penempahan bilik, makan, aktiviti semuanya dah ada yang menguruskan. Keterujaan masing-masing nak berjumpa mungkin salah satu penyebab ada antara kami yang sukarela buat apapun tugas yang diberi. Dalam ramai-ramai tu akaklah yang paling lama tak berjumpa kawan-kawan group ni. Lepas tamat darjah 6, akak terus dengan haluan sendiri jauh daripada mereka.


Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut, reunion sekolah

Damai Laut Beach Resort, dari bilik nampak pantai di kejauhan. Bagi yang suka suasana pantai, memang sesuailah ke sini, jauh daripada keriuhan kota.

Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut, reunion sekolah

Mana sahaja plan nak buat, pastikan ada kolam renang. Barulah anak-anak tak bosan mengikut dan ibu ayah boleh bersembang puas-puas. Di sini ada 2 kolah renang yang agak besar. Satu untuk anak-anak dan satu lagi untuk dewasa.  Memang puas berenang budak-budak ni.

Akak pun sebenarnya berdebar-debar jugak jumpa dengan diaorang ni. Maklumlah akak bukanlah dari kalangan mereka yang rajin bercerita apatah lagi rajin menyakat kawan-kawan. Akak dulu lebih suka memerhati, diam dan bercakap bila perlu. Tapi itu akak yang dulu...hahahha...sekarang pun masih suka memerhati juga tapi bagi yang dah kenal akak memang taulah akak macamana kan?!!

Alhamdulillah asalnya plan 3 hari 2 malam tapi akak sempat join satu malam saja. Itupun dah cukup meriah akak rasa. Tak kering gusi bercerita dan ketawa. Ada saja yang menjadi bahan perbualan kami. Keluarga masing-masing pun bagi kerjasama baik jadi taklah mereka kekok bila bersembang. 


Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut, reunion sekolah


Kemeriahan waktu bbq, semuanya kami buat sendiri. Mentang-mentang kawan bertugas di situ, kami minta kebenaran untuk sediakan sendiri menu utama bbq di samping beberapa menu tambahan yang ditempah daripada pihak resort.  My 2 boys ni memang suka sangat dapat dok membakar kat situ. Akak bawa kambing perap manakala udang, ikan..kawan akak beli di Pantai Remis. Memang dapat yang segar-segar.  Puas membakar, puas makan dan bersembang.

Bagi yang tidak tahu di mana Damai Laut Beach Resort ni, ianya terletak di Lumut, jalan yang sama ke arah Teluk Senangin. Walaupun perletakan resort ini agak ke dalam daripada laluan biasa, tapi dengan adanya pelbagai aktiviti laut yang boleh dibuat, pengunjung tidak akan merasa bosan. Berenang di kolam, berlarian di tepian pantai, berjet ski dan lain-lain aktiviti boleh dibuat bagi mengisi masa di sana. Bagi peminat sukan golf juga, anda boleh menghabiskan masa di padang golf.  Bagi yang nak bershopping barangan laut boleh saja ke pekan Lumut, lebih kurang setengah jam perjalanan. Kalau ada yang nak ke Pulau Pangkor juga, boleh diuruskan.

Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut, reunion sekolah

Lapan orang ajer yang boleh hadir. Inipun dah cukup meriah. Dan yang datang ni antara best buddy masa sekolah rendah.  Masing-masing dah berjaya dalam karier masing-masing. Alhamdulillah....seronok dapat jumpa. Macam-macam cerita yang keluar.

Pertemuan Di Damai Laut Beach Resort, Lumut, reunion sekolah

Inilah kami bila digabungkan lapan keluarga tadi.  Riuh rendah ruang lobby Damai Laut Beach Resort kami kerjakan. Semua sporting tak kira anak-anak mahupun pasangan.

Sebelum akak meneruskan perjalanan, akak sempat bersama-sama dengan kawan-kawan menikmati makan tengahari di pekan Lumut sambil shopping hasil laut. Harap-harap ukhwah yang dah kembali terjalin ini akan berterusan sampai bila-bila.  Lepas salam-salam semua akak dan family meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pula. Perjalanan yang penat tetapi berbaloi....




You Might Also Like

2 comments

  1. bestnya kan kak.. reunion gini.. macam-macam cerita dapat dikongsikan bersama :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tambahan bila dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa semula, sekarang ni keep in touch saja.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook