Teringin Punya Hal

Tuesday, March 01, 2016


Assalamualaikum wbt

Pernah tak tetiba korang teringin nakkan sesuatu?  Mesti selalukan.  Tapi kalau orang perempuan ni, bila bagitau teringin nak yang tu..teringin nak yang ni, mesti nanti orang kata ..eh ada isi ke?...eh nak dapat adik lagi?

Huhu...teringin akak ni takde kaitan dengan pertambahan ahli keluarga. In sha Allah kekal mana yang ada. Akak ni selalu teringin nak makan yang mudah-mudah ikut selera sendiri tapi kadang-kadang malas nak buat sebab barang takde kat rumah.  Dah seminggu lebih sebenarnya teringin nak makan mee kuah tulang ni.  Dua kali lalu depan kedai ni , tak buka pulak.  Kat kedai lain tak mau pulak pergi sebab kat sini sajer yang menepati citarasa.  Sabtu lepas, akibat kepenatan ulang alik sekolah abang irfan dan malamnya ada urusan kat luar dengan en hubby, akak mulalah plan nak pergi cari makan kat kedai ajer.  Lalu pulak depan kedai AliBab ni, yang sememangnya terkenal dengan mee kuah kalau di Kulim ni. Rezeki akak, kedai buka.  Tanpa berlengah singgah sebentar melayan tekak.


Nilah mee kuah tulang yang akak maksudkan.  Memang sedap tau!!! Selain daripada tu, mee kuah biasa, mee goreng, pun akak suka makan kat sini. Kalau korang datang ke Kulim, cuba lah singgah kat sini, dekat dengan traffic light simpang 4 keladi sebelum sampai Giant Landmark. Dari BKE Highway korang google ajer jalan nak ke Giant Landmark, mesti lalu depan kedai ni.

teringin punya hal, mee kuah tulang



You Might Also Like

3 comments

  1. Sama la kita... kalau teringin tu sebab teringin je... benda boleh buat sendiri tapi sanggup pi beli (sebenarnya malas nak blend semua)... by the way sedap nampak mee sup tulang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan punye pasal...kena rajin-rajinkan jugak kannn

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook