Gerhana Matahari Separa

Wednesday, March 09, 2016


Assalamualaikum wbt

Hari ini bermula jam 7.24 pagi hingga lebih kurang jam 9.30 pagi ini akan berlaku gerhana matahari separa.  Kejadian gerhana matahari ini berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari dan ia menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya.

Islam menggalakkan umatnya menunaikan solat sunat gerhana dan pada yang berkesempatan boleh juga menunaikan puasa. Hukum solat gerhana ialah sunat muakkad ianya boleh ditunaikan secara berjemaah ataupun bersendirian.


"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."

gerhana matahari separa

gerhana matahari separa

Cara menunaikan solat sunat gerhana. Jom sama-sama kita tunaikan moga kita semua sentiasa berada di dalam peliharaan NYA.



You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook