Perjuangan 2016 Diteruskan

Monday, January 04, 2016


Assalamualaikum wbt

Masih belum terlewat mengucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan perjuangan. Berbekalkan pencapaian 2015 ada yang menarik dan tak kurang juga yang perlukan lebih usaha. Kita cuba sama-sama perbaiki sepanjang 2016 ni yer...

Semalam anak-anak dah memulakan sesi persekolahan terbaru. Kakak dah masuk form 2, Amira dah naik darjah 5 dan abang irfan dan menjejak ke tingkatan 4. Semakin mencabar perjuangan masing-masing. Mak ayah pun semakin kena berusaha lebih untuk keluarga.

Pesan untuk diri sendiri, kena lebih focus dalam apa juga yang dilakukan. Peluang pembaikan terlalu banyak - kena pandai pilih dan yakin untuk beroleh sesuatu daripadanya.



selamat tahun baru 2016


selamat tahun baru 2016

Banyak perkara yang perlu diambilkira. Semakin meningkat usia, maka semakin kena pandai dalam pengurusan seharian tak kira daripada apa segi sekalipun.  Tahun lepas aku rasa agak mencabar bila en hubby mengambil keputusan untuk melepaskan tugasan hakikinya. Alhamdulillah keyakinan kami meneruskan perjuangan membuahkan juga tak banyak sedikit kemanisan. 

selamat tahun baru 2016

Apa yang pasti, setiap orang ada impian. Yakin dan usahalah moga impian menjadi kenyataan.  Hanya anda yang tahu apa yang anda inginkan. Terus berjuang untuk dunia akhirat.......



You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Salam tahun baru untuk linda dan keluarga juga

      Delete
  2. SA setuju..mmg byk benda Dan perkara yg perlu di ambil kira..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook