Kedut Bukan Sebarang Kedut !!

Monday, December 21, 2015


Assalamualaikum wbt

Tak lama lagi disember akan melabuhkan tirainya. Bermakna akan berakhir jugak 2015. Kejap jer kan? Entry cuti-cuti hari tu pun akak tak updatekan lagi. Banyak sangat gambar nak dipilih. Nanti pelan-pelan akak update.Bukan bercuti ke mana sangat pun...dekat-dekat ajer.

Masa nak pi bercuti hari tu, akak berkesempatan bertemu dengan blogger kek yang sedang meningkat naik sekarang ni. Asyik dok update kek dan brownies ajer kerjanya. Sampaikan akak ter`geram' nak mencuba hasil masakannya. Mujurlah  arah perjalanan ke utara membolehkan akak menyampaikan hajat hati ni. Cuba korang tengok blog dia ni www.enyabdullah.com

kedut bukan sebarang kedut, brownies kedut, congo bar, enyabdullah,order kek


Ni dia....brownies kedut dan congo bar. Memang puashati lah dik Eny. Anak-anak akak berebut makan terutama congo bar tu. Memang hari tu berjalan tak bawak snack lain sebab nak rasa brownies dik Eny. Kenyang!!! Rasa coklat yang meletopss!!

kedut bukan sebarang kedut, brownies kedut, congo bar, enyabdullah,order kek


Nanti-nanti bila nak ke arah utara lagi, akak nak cuba yang lain pulak.
Dek disebabkan mengejar masa dan excited nak pergi berjalan, sampai lupa nak menyelpie dengan dik Eny. Dahsyat kan akak ni!!! Seronok mengalahkan budak-budak !!

kedut bukan sebarang kedut, brownies kedut, congo bar, enyabdullah,order kek


Untuk korang yang nak cuba, pi la jengah blog dik Eny tu pilih mana yang berkenan di hati dan jangan lupa...kalau berminat sila tinggalkan pesanan. Tak rugi !!!

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook