KLIA2

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak naik kapalterbang. Ntah, sejak pelbagai kejadian yang melibatkan penerbangan ni, aku jadi seram-seram nak naik.  Tapi kalau ada training atau meeting yang aku terpaksa pergi sendiri, pilihan utama aku adalah pengangkutan udara. Cepat sampai. 

Okay...bukan nak cerita pasal kapal terbang. Aku tak pernah jejakkan kaki kat KLIA2. Biasanya aku pilih flight yang mendarat di KLIA saje. Tapi kali ni, dah takde pilihan. Minit-minit akhir mencari tiket ditambah dengan awal bulan...cari tiket murah ajer lah.

KLIA2, KL sentral

Teruja dengan persekitaran KLIA2.  Besar dan luas walaupun kau terpaksa menapak bukan
main jauh lagi nak keluar. Tapi bergantung  jugak pada syarikat penerbangan. Kalau yang dapat parking dekat, tidaklah jauh sangat nak menapak.


KLIA2, KL sentral

Jauh lebih baik daripada LCCT aku rasa. Sambil berjalan sambil pandang keliling. Gambar yang satu ni aku google jer sebab tak sempat nak ambik gambar. 
Banyak lagi rasanya premis yang akan beroperasi dalam KLIA2 ni. Aku tak explore banyakpun sebab tak sempat.

KLIA2, KL sentral

Info yang aku ambil daripada web KLIA2. Pelbagai kemudahan telah disediakan di sini. Paling mudah untuk ke KL Sentral, korang naik ajer KLIA Express, harga tiket sama macam di KLIA, sehala RM35. Mudah jer.....

Pasni boleh la mendarat lagi di KLIA2.






0 Comments