Kau...Aku...sama sajer...

Thursday, August 27, 2015

Assalamualaikum wbt

Tak mudah sebenarnya nak monitor orang. Macam-macam perangai ada. Bawah jagaan  aku di pejabat ada 8 orang. Ada 8 perangai nak kena hadap hari-hari. Huhu..baru 8 kan belum puluh-puluh lagi. Tapi dulu pernah jaga sampai 20 orang staff. Yang senior dengan lagak senior, gen Y dengan gaya mereka. Kalau boleh nak jaga mereka supaya takde yang terusik hati, kalau ada yang emosi terganggu susah juga takut produktiviti menurun, target tak capai...aku juga yang nak kena jawap.  Bukan semua perkara kita tahu, tapi hakikatnya kita memang nak kena tahu semua benda yang berkaitan. Tapi kita kan manusia....mana mungkin boleh puaskan hati semua. Bukan mudah tau...

ciri-ciri ketua yang perlu diikuti


Untuk mereka yang bergelar ketua di mana anda berada, cubalah punyai ciri-ciri ini agar andda tidak dipinggirkan oleh orang bawah:

1) Seorang ketua yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Mujur aku bukan golongan ketua besar-besar. Lagi besar lagi susahlah tanggungjawap.
Macam sekarang ...i is ok if everybody is ok with me!!

Selamat Bekerja!!

You Might Also Like

8 comments

  1. tq atas tips yang berguna. jom singgah blog saya :)

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kita sama kak azi... Sabar banyak2 yer.

    ReplyDelete
  3. Seorang boss bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak2 buahnya..

    psstt: Dah lama tak tengok gambar kartun tu dalam suratkhabar.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kartun dulu-dulu tu...dulu tak pernah miss baca ...

      Delete
  4. sangatlah betul kata2 azi tu....
    bila kita ada staff yg egonya tinggi memang susah sgt nak mintak tolong buat kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....pening nak menangani staf2 g begini

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook