Bila Masa Sesuai Hantar Anak ke Sekolah?

Monday, August 10, 2015

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang mendapat soalan daripada kawan-kawan yang dalam dilema untuk menentukan masa sesuai untuk anak-anak ke sekolah. Dulu masa aku kecil-kecil memang dah macam tetap dah umur 6 tahun masuk tadika, 7 tahun masuk sekolah kebangsaan. Takde la mak ayah nak pikir-pikir berapa tahun yang sesuai. Kadang-kadang tak masuk sekolah tadika pun terus masuk darjah 1. Aku la tu...hehhe..masuk tadika tak sampai 2 bulan. Bila teringat..kelakar pun ada, nanti-nantilah aku cerita.

Sekarang ni anak-anak dah advance. Ada yang usia 3 tahun dah pandai abc. Bila masuk darjah 1, persaingan menjadi hebat. Siapa yang tak cekap ketinggalan dan siapa yang pandai terus ke depan. 

Persoalan bila usia yang sesuai ni dulupun menjadi masalah kami juga. Lepas sembang sana, sembang sini, baca sana baca sini, aku dan hubby sepakat untuk mula menghantar anak-anak kami ke sekolah tadika ketika usia menjejak 4 tahun. Tapi kena pandai pilih sekolah yang sesuai. Ini untuk mengelakkan anak-anak menjadi jemu. Apapun bergantung jugak pada kemampuan masing-masing. Aku respect pada ibu-ibu yang mampu membuat homeschooling pada anak-anak mereka. Aku tak mampu nak buat!

Masa anak-anak  diperingkat usia 3-6 tahun ni la masa yang sesuai untuk belajar. Mudah ingat dan akan ingat lama. Dulu kita belajar hafal doa atau ayat-ayat Al-Quran, sampai sekarang pun boleh ingat lagi. Tapi sekarang kalau nak suruh hafal doa....punye le lama nak bagi boleh ingat semua...

bila masa yang sesuai hantar anak ke sekolah

Adik Wan dengan kerja sekolahnya. Dia aku masukkan agak lewat sikit ke sekolah. Lahir di hujung September,  Januari lalu usianya baru mencecah 3 tahun 3 bulan ...pampers pun dok pakai lagi. Aku lewatkan sehingga usianya mencecah  3 tahun setengah baru aku start hantar dia ke tadika. Nampak dia boleh sesuaikan diri walaupun punye meliat nak bangun pagi.

bila masa yang sesuai hantar anak ke sekolah

Pilihan kami untuk keempat-empat anak ialah pembelajaran cara SmartReader Kids.  Aku sesuai dengan cara mereka beri tunjukajar. Anak-anakpun mudah ikut. Tak sampai 2 bulan, adik wan dah pandai pegang pensil dengan betul, dah boleh tulis, dah boleh kenal 1-10, dah boleh kenal a-z. Dah boleh nyanyi nyanyi lagu-lagu mudah. Dah tahu ikut doa serba sedikit. 

bila masa yang sesuai hantar anak ke sekolah

Dan yang paling best sekali...dia ingat ada kerja yang perlu dibuat tanpa dipaksa. Dah ada sedikit disiplin belajar dalam diri dia. Perkembangan yang cukup baik pada usia dia.  

Pada korang yang sedang memikir-mikir, fikir dan pilihlah yang sesuai.  Kat mana pun boleh asalkan anak-anak selesa dan ada pemantauan pada pekembangan anak-anak.  

Aku sentiasa ingat kata-kata cikgu budak-budak ini......tadika bukanlah tempat untuk ibubapa tinggalkan anak-anak seperti di pusat jagaan kanak-kanak. Tadika adalah tempat untuk anak-anak belajar. Pastikan anak-anak sedia untuk belajar supaya semua yang ada dapat belajar dan mengajar dalam suasana yang riang ceria dan harmoni.




You Might Also Like

6 comments

  1. hm..anak ummul umur 5thn bru dihntr..ni masuk th kedua.tpi ada mslh skit sbb keliru bahasa.pening gk fikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe pelan-pelan nanti ok la tu

      Delete
  2. Nani start tadika umur lima tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak start masa 6 tahun tapi pi sebulan jer hehe

      Delete
  3. tengok budak2 sekarang umur 4 tahun dah kena buat kerja sekolah, aku dulu 4 tahun maiinnnn je.haha

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook