Smart Reader Kids Kulim Sport Day

Thursday, August 20, 2015

SRK sport day

Assalamualaikum wbt

Sabtu baru ni aku berpeluang turut serta dalam sport day adik dzakwan. Dah lama sebenarnya tak join program anak-anak di SRK ni. Kali terakhir semasa amira berusia 6 tahun untuk graduation SRK. Tahun ni kena mula kembali lah mengikuti program anak-anak SRK ...ada 3 tahun yer sampai dzakwan berusia 6 tahun.

Kalau hari nak menggeletis awal ajer bangun budak-budak ni. Senang pulak nak kejut tu, sukarela masuk sendiri bilik mandi tak payah suruh-suruh dah. Kalau tidak jenuh bertangguh.

Program pagi bermula jam 9. Aku angkut kakak-kakak dia sekali senang nak monitor memandangkan hubby tak dapat ikut serta.  Tempat pun main terjah ajer tapi kat pekan Kulim jer pun.  Kalau dah melibatkan kanak-kanak ni faham-faham ajelah macam-macam perangai kaedahnya. Ada yang seronok, ada yang muka mengantuk, ada yang menangis tak nak turut serta permainan. Alhamdulillah adik dzakwan ok jer. Lepas daftar terus ikut teacher masuk barisan rumah biru. 

Smart Reader Kids Kulim Sport Day

Siap ada perbarisan rumah. Ada 3 rumah ajer biru, kuning dan merah. Nampaknya kali ni tak ramai sangat berbanding dengan masa abang dan kakak-kakak dulu. Mudah sikit lah untuk barisan cikgu-cikgu nak mengawal budak-budak ni. 

Smart Reader Kids Kulim Sport Day

Macam-macam permainan disediakan dari usia 3 tahun sehingga 6 tahun. Ibubapa dan cikgu-cikgu pun ada permainan masing-masing. Nak bagi meriah kan!!
Adik wan asal game untuk 3 dan 4 tahun semua dia masuk. 

Smart Reader Kids Kulim Sport Day

Rileks jer kan?...hahha...gitu la dia buat hal sendiri ajer bila giliran budak-budak lain bermain. Budak-budak ni memang tak heran ler pada mak ayah bila dah dengan kawan-kawan tambahan pula bila cikgu dia ada sekali. So korang jangan risau la nak antar anak awal ke tadika, dia orang survive punye, takde manja-manja....

Smart Reader Kids Kulim Sport Day

Yeay....adik dapat medal!!!  Akhir sekali semua anak-anak SRK yang hadir dapat medal ni. Medal pertama dik wan di SRK. Tambah koleksi medal anak-anak kat rumah.
Seronok tak kira la budak-budak ni, lepas jadi good boy...kenalah mak dia blanjer makan pulak....




You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook