#Cabaran20Hari - Pengalaman Main Mercun Masa Raya

Thursday, July 16, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Yeayy!!!!! Cabaran terakhir. Berjaya juga aku selesaikan cabaran 20 hari ni mengikut tarikh dan tajuk yang ditetapkan tanpa henti. Fuhhh...berpeluh cari idea walaupun tajuk dah ada.

Tajuk terakhir - pengalaman main mercun masa raya.

Aku tak de pengalaman sangat main mercun masa raya ni. Kalau masa kecik-kecik dulu main bunga api yang sepeket tu ajer, yang bunyi kuat-kuat semua tu aku tengok jer abang aku main. Tak berani nak gi dekat, tambah-tambah kalau depa main mercun roket.

Tapi sehebat dulu main mercun dengan meriam buluh pun takde le sampai banyak sangat kecederaan yang didengar. Sekarang ni, baru sehari puasa pun dah dengar ada yang putus jari akibat bermain mercun. 

Masa kecik-kecik, bila abang nak main meriam buluh, aku tukang jaga karbaid. Huhu...bila depa start nak main meriam, aku dah lari naik atas rumah, tak sanggup dengar bunyinye yang menggegar jantung tu.

Sekarang ni dah tak kedengaran lagi dentuman meriah meriam buluh di kampung-kampung. Mercun pun takde sangatkan. Tapi tak meriah pulak tanpa bunyi-bunyian.


#cabaran20hari pengalaman main mercun masa raya
gambar google

Tahun ni hubby beli jugak bunga api serba sedikit untuk anak-anak bermain. Bermain dengan pengawasan.  Boleh lah budak-budak ni nanti bermain dengan sepupu mereka di kampung.

#cabaran20hari pengalaman main mercun masa raya

SELAMAT HARI RAYA!!

YEAY!!!..DAH HABIS #CABARAN20HARI


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook