#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Dah dekat dah..dah dekat dah...tinggal lagi 3 tajuk cabaran ni. Tapi lagi dekat nak habis lagi takde idea nak tulis....

Nostalgia kad raya.

Masa sekolah

Masa ni suka kalau dapat kad raya. Sekolah menengah la..masa sekolah rendah tak de kawan dok jauh - jauh. Bila dekat raya mesti cikgu lukisan ajar buat kad raya daripada manila kad.  Buatla macam-macam corak tapi yang pasti gambar ketupat mesti ade. Hari ni pun anak-anak aku bawa kentanglah, bendi la nak buat cop-cop hasilkan kad raya.

Masa Kat U

Masa ni memang tiap-tiap hari pergi pejabat desasiswa tengok ada orang hantar kad raya ke tidak. Maklumlah masa ni kawan-kawan dah dok jauh, sebagai tanda ingatan kena hantar kad raya. Masa ni dah pandai demand kalau orang-orang istimewa tu minta hantar kad raya yang ada music. Tambah-tambah kalau kad daripada orang paling istimewa tapi tu kawan-kawan aku la. Aku solo terbaik sampai tamat belajar..hahaha..

#cabaran20hari nostalgia kad raya
credit to owner & google

Masa bekerja

Masa ni dah mula kad-kad elektronik diperkenalkan. Ghairah semacam masa ni hantar e-card, maklumlah benda baru. Sibuk minta email kawan-kawan sebab nak hantar kad raya. Kad raya pulak ada web yang sediakan kemudahan buat kad sendiri percuma. Huhu...seminggu sebelum raya memang sibuk buat kad raya jer. Sib baik bos baikkkk....

Lepas kahwin dan berkeluarga

Tahun pertama kahwin, masih lagi terima kad raya daripada kawan-kawan samada melalui pos ataupun e-card. Tapi sekarang dah makin takde. Adapun kad raya yang aku terima ialah daripada syarikat insuran kereta dan agent simpanan aku. E-card?....jauh sekali, kawan-kawan ucap terus dalam wasap atau sms ajer...lagi cepat sampai. 

#cabaran20hari nostalgia kad raya
credit to owner & google

Anak-anak

Kami galakkan mereka membeli kad raya dan bagi pada guru-guru sekolah atau kawan-kawan. Tak kisah la bagi by hand pun. Kena kembalikan keseronokan menghantar dan menerima kad raya ni semula.

Selamat Hari Raya korang semua!!!


4 Comments

  1. menyesal dulu tak amik gambar kad raya yg diterima, skrg dah manalah pergi..nak dapat lagi macam tak mungkin

    ReplyDelete
  2. kad raya semakin pupus ditelan pemodenan negara..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita hidupkan semula menghantar kad raya....tahun depan pulak

      Delete