Kentang Wedges Goreng Mudah disediakan

Tuesday, June 09, 2015

Wedges mudah disediakan

Assalamualaikum

Bila bercuti, entry memang ke laut, reader pun merudum jatuh.  Jom kita up kan semula!!

Baru-baru ni, kami cuba lagi resepi sendiri. Kali ini untuk dipadankan dengan menu western kami. Cubaan kali ini adalah membuat tepung celup untuk goreng kentang wedges buatan sendiri. 

Mudah saja caranya!

kentang, wedges, menu western, kambing bakar

Bahan-bahan yang diperlukan :

Kentang - dipotong 4 atau 6 secara memanjang. Sebaiknya korang cari kentang bersaiz besar sikit, baru menarik
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras

# sukatan tepung korang boleh ubah mengikut banyak kentang yang korang buat.

50gm buttercup - cairkan 
1 sudu kecil lada hitam dikisar kasar
sedikit garam
air
minyak untuk menggoreng

Cara membuat :

Campurkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas.
Gaul rata. Masukkan air untuk menseimbangkan kepekatan bancuhan yang dibuat.
Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Macam korang buat tepung bancuhan goreng pisang.
Jangan lupa rasa yer....

Selepas siap bancuhan tersebut, simpan dalam petiais bahagian atas dalam 30 - 45 minit. Tujuannya untuk merehatkan bancuhan tersebut.

Bila dah sedia untuk menggoreng, bolehlah panaskan minyak. Celupkan kentang ke dalam bancuhan dan mulalah menggoreng. Angkat selepas kentang nampak kuning keemasan. Cucuk sedikit untuk pastikan kentang betul-betul dah masak.


kentang, wedges, menu western, kambing bakar

Inilah contoh hidangan western yang kami buat. 
Korangpun boleh buat.

Jom Cuba !!!



You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnya.nampak mudah jer..boleh try nanti ^_^*

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook