Ayam Panggang Rosemary segar

Cuti sempena Hari Pekerja baru-baru ni, aku sekeluarga mengambil kesempatan berjalan ke Cameron Highland. Cadangnya ada satu keluarga lagi nak ikut tp last minute tak jadi. Oleh kerana aku dah siap tempah homestay, maka kami pergi jugak la. Ramainya orang tak usah cerita. Mujur aku pergi awal pagi. Petang berjalan sekitar homestay sahaja di Tanah Rata,jadi tidak la terlibat sangat dengan kesesakan di jalan. 

Target kami memang nak main masak-masak ala western di sana. Oleh kerana tak ramai, hubby cadangkan untuk masak ayam sahaja, semua orang makan.

ayam, western, rosemary, menu diet, cameron highland

Menu pilihan kami - ayam panggang rosemary. Resepi main campak-campak sahaja. Tapi hasilnya memang mantap. 2 ekor ayam selesai masuk dalam perut 6 sekeluarga..hehhe..

Resepi serba ringkas:

Ayam
Pilihan kami ayam sederhana besar - 2 ekor.
Tak perlu potongkan ke bahagian-bahagian kecil dahulu tapi kenalah bersihkan betul-betul bahagian dalamnya supaya tidak berbau.

Perap dahulu ayam dengan bahan-bahan berikut :

Halia, bawang merah, bawang putih - ditumbuk lumat.
l1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2-3 biji lime - ambil air perahannya
Rosemary kering - jangan banyak sangat
Garam & gula secukup rasa.
Gaulkan kesemua bahan ini dan sapulah keseluruh ayam.
Masukkan ayam ke dalam plastik atau bekas dan biarkan lah selama 2-3 jam.

Bahan-bahan sampingan :

1 batang carrot - potong serong
10-15 biji kentang manis (sweet potatos) kentangnya kecil-kecil ajer.
1 biji epal merah - potong-potong kan
1 batang sop
beberapa biji tomato comel
Daun sup yang dah dihiris-hiris.
1/2 biji capsicum hijau - hiris hiriskan

Semua bahan ni aku beli kat pasar KEA aje.

Selepas 3 jam perapan ayam, boleh la di bakar selama 1- 1 1/2 jam bergantung kepada oven masing-masing. Sayur-sayur tadi ikut korang la nak susun macamana. Jangan lupa taburkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam tadi sebelum dibakar. Kalau korang ada serbuk pewarna kuning, boleh juga lumurkan sedikit atas ayam tadi sebelum bakar...warnanya akan lebih menarik nanti.

ayam, western, rosemary, menu diet, cameron highland


#hasil campak-campak segala bahan yang dirasakan sesuai...hehe


Hidangan sampingan yang korang boleh sediakan antaranya - roti bakar dan sup cendawan.

Hmmm....lapar pulak rasanya.....

Jom cuba !!!






13 Comments

  1. sedap..tgk tgh2 malam ni lapo pulak..ehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer kak zie..ok nnt lya cuba eaa

    ReplyDelete
  3. Haiii.. cakkkk..
    done follow sini no. 142,
    sudi-sudikanlah follow me back yea..
    leh kita saling kenal mengenal,
    kunjung-mengunjung selalu..
    salam kenal yea.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    kalau minat kucen leh follow blog
    teman yang lagi satu gak..
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. adoii.. lapar tengok gambar ayam tuu

    ReplyDelete
  5. gambar tu dah macam omputi masak dalam tv .... tempting amat...

    ReplyDelete
  6. pergh, boleh try ni. maceh kak azi share :D

    ReplyDelete