99/2015 : Nasi Daging Air Asam Sempoiiii

Tuesday, April 14, 2015

Menu Ringkas Resepi Mudah Disediakan....


Nasi daging ni rasanya lebih terkenal di kawasan utara. Aku pun kenal nasi daging ni selepas menetap di sini. Kena gaya masaknya memang sedap...cara penyediaannya pun tak susah, yg penting kena ada daging.

Kali ni aku guna daging lembu bahagian tulang selangka. Macam biasa penyediaan menu2 istimewa kat rumah aku ni adalah di bawah pengawasan master chef....I follow.....

Daging tu kena rebus dulu. Rebus cara mudah....masuk dlm periuk, masuk air, hiriskan halia, bawang besar juga dihiris dan jugak daun sup. Daun sup ni kalau utk merebut aku suka ambil bahagian bawahnya yg ada akar2 halus tu...basuh bersih2 dan belah2kan. Kalau korang guna pressure cooker...setkan 1 jam @ 45 min. Kalau merebus atas dapur....agak2 la sehingga daging lembut.

Sementara tu boleh la sediakan side dish dia...cehh ...side dish lagi hehehe...

Kali ni kami sediakan jelatah dan dah tentunya air asam sedap!!

Jelatah - mudah saje, potong nenas, potong timun, cili merah, cili padi, bawang besar -----semuanya hiris nipis dan campur/gaulkan. Masukkan gula, garam dan sos cili....ada yg masukkan sedikit cuka makan. Ikut citarasa korang yer....


jelatah simple


Air asam :
3 bijik tomato sederhana besar (jgn yg dah ranum sangat)
1 batang cili hijau
3-4 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis (sederhana besar)
asam jawa
kerisik
gula/garam

Tomato, cili hijau, cili padi, bawang besar - hiriskan..jgn terlalu nipis.
Limau nipis tu potong2 kan

Campurkan semua ni.
Masukkan 1 sudu besar kerisek.
garam/gula secukup rasa.
Limau nipis tadi perahkan juga airnya
Buat setengah mangkuk air asam jawa yg agak pekat.

Gaulkan kesemua bahan2 ini dlm mangkuk.


ais asam utara


Siap semua ni...daging pun dah elok empuk. Keluarkan sebb kita nak guna air rebusan daging tadi utk masak nasi.


sup tulang


Nasi : (ikut sukatan yg kami masak ni...)
3 cawan beras basmathi - ikut la jenama apa pun yg korang nak guna, aku guna faiza. Beras ni rendam dulu dalam 10-15 min. Lepas tu toskan.

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
rempah 3 sekawan - buah pelaga, kayu manis,bunga lawang
1 biji tomato - hiriskan
beberapa tangkai daun sup
1-2 helai bayleave
minyak utk menumis
Rempah nasi daging IMAN - 2 pack
Susu cair

Bahan2 ni tumiskan bagi naik bau, lepas tu masukkan rempah nasi daging. gaul2kan bagi rata. Masak la dlm 5 min gitu. Pastu sukat sup rebusan daging tadi. Selalunya sukatan beras & air kami guna 1:1 1/2
Ikut la jenis beras yg korang guna. Masukkan juga susu cair dlm 1/2 cawan. Selalunya kami kurangkan sikit airnya supaya nasi masak elok nanti.
Lepas tu agak dah mcm nak mendidih pindahkan lah campuran ni ke dlm periuk nasi. Kami guna periuk nasi ajer ..sonang cerita..hehe
Masukkan beras tadi. 
Last sekali susun la daging2 yg dah rebus tadi ke dlm periuk nasi. Tutup dan tunggu la nasi tu masak.



nasi daging



Ada yg rajin kadang2 depa masukkan juga kismis, kacang gajus dan badam. Ikut korang la.....


nasi daging sedap

Dah siap...sedia utk dihidangkan...

#gambarkurangumphhsikit
#pakaicamerahp
#kenabelajarlagi





You Might Also Like

11 comments

  1. sedapnya azie, tak pernah cuba lagi nak buat macam banyak gak prosesnya ye:) thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. yaALLAH sedapnyee kak zi :(

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak zi... saya buat hr tu tp versi simple je letak rempah sup je hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak zi... saya buat hr tu tp versi simple je letak rempah sup je hehehe

    ReplyDelete
  5. nampak sedap je ni. nasib baik dh kenyang. hehe

    ReplyDelete
  6. perhhh..terangkat ni tengok nasi dagang, lama x makan

    ReplyDelete
  7. terus rasa lapar nampak semua hidangan tu...klu makan cam ni hari2 confirm berat badan makin naik...

    ReplyDelete
  8. ana - kejap jer sebenarnya...nampak mcm byk kerja...cubalah

    KC - meh try....hehe

    Eny - ni versi bila rajin

    KG - tak boleh selalu sesekali boleh la tukar selera

    ReplyDelete
  9. sedapnyee..tak pernah makan lagi.. :)

    ReplyDelete
  10. Kak zie huhu dapnyerr .Nak buat jugak la cam gini ..Tq resipinya ..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya nasi daging..Dah bertahun tak mkn ni..Susah nk dpt tempat lain selain utara.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook