Menu pagi ni

Tuesday, November 19, 2013

Cuti sekolah memang seronok buat anak-anak. Maca-macam agenda yg mereka atur utk memenuhi masa setiap hari. Sebagai ibu bapa pun aku seronok jugak sbb dpt tengok muka semua anak setiap hari..alhamdulillah.

Aku respect betul pada golongan ibu yg bekerja dan pada masa yg sama dpt menyediakan hidangan makan 4 waktu utama - pagi, tengahari, petang dan malam.
Aku ni dpt sediakan salah satu waktu pun dah syukur banyak-banyak.....huhuuhu..

Masa cuti ni memang aku kena tambah suntikan virus RAJIN dalam diri ni memandangkan anak2 ada dirumah.  Pagi ni dah terlewat sedar...hehehe...macam lipas kudung la dengan masa 1 jam utk sediakan sarapan, menu lunch dan bersiap utk ke ofis.  Selalunya cukup masa kalau adik Wan tak terjaga awal sbb dia ni spesis kalau bangun pagi memang  meraung panggil Ibu...ibu.....org lain tak mau der.....

Kalau dlm kepala tak plan nak masak apa memang pagi2 jadi kelabu....so pastikan dah list out menu ....walaupun masa terhad kau dah tau nak buat apa.


Hasil pagi tadi....telur mata masak sos, tempe/kentang/ikan bilis goreng dan sarapan roti goreng celup telur. Pastu nasi putih dan air milo.

dan aku sempat sampai ofis sebelum jam 8.30 pagi...harap2 takde la perangkap laju yg dah tangkap aku..huhuuhuhuu...



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook