Salam Aidil fitri utk korang semua....

Monday, August 05, 2013

Tak berapa hari lagi nak sambut syawal. Budak2 pun dah start cuti sekolah. Geng2 ofis pun ramai yg dah bercuti. Tp hari  ni dan esok aku masih bekerja. Nak cuti awal tp memandangkan cuti aku dah tak byk hari so kerja la lagipun en hubby pun masih kerja. Bila dah hujung2 posa ni tak tahu dah nak sediakan apa utk berbuka mahupun sahur.

Semalam berbuka makan nasi kandar ajer...ok la perut boleh terima.  Sahur pun hubby tapau sup tulang kat kedai depan rumah.....aku goreng telur ...siap....tak boleh nak pikir lebih dah sbb aku pun dah terjaga lambat..ngam2 tunggu nasi masak & makan.

Hari ni?...aku dah suruh hubby try2 buat booking kat mana tempat yg sesuai dengan budget yg ada hehehe....

Macamana korang dgn persiapan raya?
Aku tinggal nak kemas baju2 masuk dlm beg ajer dan beli ubat2 standby utk si kecik....
Anak2 tak sabar nak berjalan balik kampung sini dan sana.....

Ok la...mana la tau aku tak sempat nak mengupdate bila dah mula bercuti nanti...jadinya aku ambil peluang yg ada ni utk mengucapkan selamat menyambut aidilfitri utk semua blogger2 yg sudi menyinggah baca cerita dlm ni...maaf kalau2 ada ayat2 yg tak sedap didengar ..tak manis dibaca....aku pun manusia biasa...salah dan silap memang tak boleh elak .....

Pada yg nak berjalan jauh nanti....berhati2 di jalan raya..peringatan utk diri aku jugak ...
Ingatlah org2 yg disayang yg ada bersama dengan kita.....




JUMPA LAGIIIII............................



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook