Raya Kami....

Wednesday, August 21, 2013

Baru nak up daa....

Raya kami tahun ni biasa2 ajer....sederhana tp meriah.
Aku macam biasa rutin hampir 13 tahun yg lalu akan mulakan beraya di kg hubby...baik tak aku..hehhee
Family aku tak kisah mungkin sbb mak dah takde..so yg lain2 tu akan berkumpul bila aku balik .....dan di sebelah hubby pulak selalunya hubby akan jadi master chef...so tak per la beraya kat sini dulu.

Persiapan tahun ni pun ala kadar.  Atas permintaan MIL, hubby masakkan nasi daging di pagi raya. SIL buat rendang ayam.....MIL dah siapkan masak pulut...para menantu...balik makan ajer..hehehe....

Hari last ramadhan tu sebelum balik kg..aku dan hubby dah siap2 masakkan juadah utk berbuka...kurma kambing....sbb bila dah sampai kg tak mo dah kalut2 masak....masa tu nak bersembang sbb masing2 dah lama tak jumpa.
Tahun ni semua adik beradik hubby beraya di bagan serai so memang meriah riuh rendah dpd depan sampai belakang sambung kat atas pulak.

Lepas berbuka anak2 dah get ready nak main bunga api. Hubby dah standby mercun merdeka hehe...riuh sekampung dibuatnye.....
Bila tengok budak2 ni riang gembira hat yg mak bapak pun nak join jugak...

Gambar kenangan tahun ini...


Selamat Hari Raya dpd kami sekeluarga. Kami tak bertema tahun ni...semua color lain2 hehe..adik dzakwan tak menyempat nak minum susu....tak per la dik janji ko beri kerjasama ...
Kerusi antik tu....ada since sebelum aku join keluarga ni lagi...masih kukuh...


Bersama MIL, biras, SIL dan anak2 sedara.  Ni yg perempuan dlm keluarga. Tak complete sorang...sibuk main game dlm rumah.


Ni yg lelaki pulak....tak cukup 3 org.....budak2 ni memang tau..susah betul nak suruh dok setempat lebih dpd 5 minit....

Ini lah raya pertama kami....lepas bergambar bagai semua carik port masing2 merehatkan badan sbb cuaca agak panas juga.....petang baru gerak beraya rumah pak sedara......

Riuh sekejap rumah MIL....2nd raya awal pagi kami dah gerak balik melaka....



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook