Galeria Perdana Langkawi

Sunday, July 07, 2013

Salah satu tempat yg aku singkah kali ni. 
Dulu pergi dengan anak2 yg kecik...depa bukannya faham kalau kau tunjukkan benda2 yg ada kat sini.
Kali ni anak2 dah besar so boleh la bawak ke tempat2 yg ala2 muzium ni.

Galeria Perdana ni dibina khususnya utk menyimpan khazanah yg berkaitan dengan Tun Mahathir. Macam2 benda ada...dpd sekecik2 cenderahati yg diterima sampai sebesar2 yg ada....kereta pun ada parking kat dlm galeria ni.

Galeria ni dibuka setiap hari bermula dpd jam 8.30am lagi. Tiket RM10 utk dewasa dan kanak2 (6-12thn) RM4 kalau tak silap aku.  Kalau korang bawak kamera kena caj lain. Aku guna kamera handphone ajer so free.

Aku tak koser ler nak mengambil gambar2 dlm ni...kalau korang nak tau apa yg ada....pergi le melawat galeria ni bila berpeluang ke Langkawi nanti. Yang aku nak update ialah spesis2 kereta yg menarik perhatian aku.

Kereta bumbung boleh buka ni...tak ingat aku jenama apa...nampak macam kereta mainan bila diambil dpd tingkat atas.

Ni macam kereta batman...berkilat2..

kereta racing pun ada....

tak ketinggalan kereta kuda...tapi kudanya takde la tinggal kereta ajer.....
Budak kecik yg tak mau kena dukung....penat tau kejar dia berlarian dlm area ni....dah la kereta2 tu cuma boleh dipandang ajer...kalau boleh korang naik tu memang aku lepaskan ajer si kecik tu
Untungnya aku....ramai yg boleh tolong kejar....lega akak .......

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook