Rahsia Cantik Dari Dalam

Thursday, July 19, 2012

Jom ..kali ni nak share info pasal ni pulak.  Aku dpt info ni masa ceramah kesihatan kat ofis hari tu. Menarik untuk dikongsi dgn rakan sekelian.....

1. Pengawalan kesan cahaya matahari secara langsung pada kulit dapat membantu mengurangkan masalah kulit dari kesan penuaan atau garis halus hinggalah kepada kanser kulit.
2. Bagi mencegah kesan penuaan pada kulit secara maksimum, minimakan risiko terdedah pada sinaran mentari dari jam 10.00 pagi hingga 3 petang.
3. Gunakanlah krim penabir suria yang mengandungi agen perlindungan UVA dan UVB yg dikira berdasarkan angka SPF (sun protection factor). Paling baik, pilihlan kirm yang mengandungi SPF tidak kurang dari 15.  Krim ini hendaklah diaplikasikan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum kulit mulai terdedah pada sinaran matahari.
4. Berikan ekstra perlindungan pada kulit anda dengan memastikan krim yg dipilih turut diperkaya dengan bahan antioksidan semulajadi.  Produk yg mengandungi bahan antiaksidan biasanya turut mengandungi vitamin A, C, E, senium `coenzyme Q10' dan alpha-lipoic acid yg bertindak melindungi kulit dari rosak atau mengalami kesan penuaan pra-matang.  Bahan antioksidan ini akan membantu menuetralkan semula bahan radikal bebas yg menyebabkan kerosakan pada sel kulit.
5. Anda juga perlu menjaga kulit anda dari kesan bahan radikal bebas yg selalunya terkandung di dalam produk skin tanning.
6. Anda juga dinasihati untuk sentiasa memakai `sun block' apabila melakukan aktiviti di tepi pantai atau sebelum berenang walaupun sekadar di kolam renang.
7. Keperluan diet juga penting. Kualiti diet kita juga mampu diterjemah melalui kesan pada kulit.  Kulit yg sihat bermula daripada amalan pemakanan yg seimbang.
8. Disiplinkan diri untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter sehari dan sebaiknya daripada air mineral.  Keperluan air yg cukup dalam tubuh penting untuk mencegah hidrasi kulit dan membantu menyingkirkantoksin berlebihan.
9. Seimbangkan pengambilan nutrisi anda. Pastikan diet anda mengandungi porsi lengkap yg terdiri daripada keperluan serat, buah, sayuran, protein dari ikan dan kalsium daripada susu.  Langkah penyediaannya juga perlu sihat. Gunakan minyak daripada sumber sayuran atau biji benih. Kurangkan juga pengambilan lemak tepu yg banyak terkandung dalam makanan diproses atau daripada sumber haiwan.  Ini penting bagi melindungi kulit dari mengalami oksidatif stress.
10. Dapatkan bekalan antioksidan yg secukupnya daripada buah dan sayuran. Antioksidan membantu menguatkan sel tisu kulit di samping memperbaiki dan menghasilkan kembali sel baru.
11. Ambil suplemen yg `mesra kulit' seperti vitamin A, C dan E. Nutrisi yang diambil dalam bentuk suplement juga mudah diserap dan diurai tubuh.  Kesemua vitamin ini dapat membantu mengurangkan kesan penuaan kulit.
12. Jadikan kekacang seperti walnut dan badam sebagai snek harian.   Kekacang membantu membekalkan nutrisi antioksidan.
13. Pati minyak omega 3 dan omega 6 yg terkandung dlm ikan salmon, avocado, minyak argan dan bijian seperti kuaci dapat membantu menentang kedutan awal pada wajah.
14. Berita baik untuk penggemar coklat! Coklat hitam mampu memberikan impak positif pada kulit anda.  Ini kerana coklat kaya dengan kandungan flavanoid yg baik untuk kulit.  Bahan aktif dalam coklat juga membantu mempertingkatkan aliran darah untuk kulit lebih lembut, sihat dan muda jelita.
15. Jauhi makanan ringan kerana ia akan membuatkan kulit wajah anda kering dan hilang elastic terutamanya yang tinggi kandungan sodium.
16. Kekalkan kualiti kesihatan . Kesihatan yang baik adalah kesihatan yg dijaga secara keseluruhan.  Secara umumnya kulit menutupi kesemua bahagian tubuh dan tentunya penting untuk kita menjaga tubuh baik dalaman atau luaran bagi membantu mengekalkan kesenian dan keanjalan kulit.
17. Aktiviti senaman yang konsisten dapat membantu mempertingkatkan fungsi kapilari darah yang membawa oksigen pada kulit di samping menyingkirkan toksin.
18. Tekanan juga mampu menjadi agen penuaan. Apabila tertekan, bukan sahaja emosi malah kitaran tubuh turut terganggu.  Ini akan memudaratkan kesihatan kulit anda.
19. `Crash diet' juga mampu menyebabkan kulit hilang keanjalan seterusnya menghasilkan kedutan kulit. Jadi berdietlah dengan sihat supaya kulit tidak hilang kesan emosinya.
20. Sentiasa dapatkan tidur yg cukup dan berkualiti iaitu minimun 6 jam dan maksima 8 jam. Tidur yg cukup membantu kulit untuk berehat dan melalui proses penghasilan kolagen secara lebih efektif.
21. Postur tidur yg betul juga penting dalam membantu mengurangkan kesan yang timbul pada dahi dan wajah.  Kesatuan Dermatologi Amerika menyarankan supaya tidur dlm keadaan terlentang pada permukaan tilam yg sekata.  Tidur dengan menyembam wajah pada bantal akan memberikan tekanan  pada kulit wajah oleh bantal.  Kulit akan mudah bertindik atau tertolak pada satu arah.
22. Ucapkan `sayonara' pada rokok dan minuman beralkohol kerana ia membawa masuk banyak bahan radikal bebas yg mempu membawa pencemaran oksidatif pada kulit hingga keanjalannya.
23. Rangsang emosi positif dengan menjalani gaya hidup sihat.  Buang segala prasangka negatif supaya hidup lebih gembira dan mampu membantu meningkatkan kehadiran hormone estrogen yg baik untuk sistem tubuh.
24. Lakukan senaman untuk wajah iaitu KETAWA.  Bila anda ketawa, ia akan membantu merehatkan ketegangan otot pada wajah sambil menegangkan kembali struktur kulit dengan mengurangkan kesan lingkaran yg wujud dari ekspresi wajah kita yg sama saban hari.
25. Jangan abaikan kebersihan kulit.  Kulit yg bersih jaminan kualiti si pemiliknya.  Kebersihan kulit bukan sekadar penting untuk membantu mencegah kulit berminyak dan jerawat malah turut membantu melambatkan penuaan.  Kulit bersih akan kelihatan lebih mulus, anjal dan bermaya.
26. Bersihkan wajah anda setiap hari dan jangan lupa menyapu losyen penyegar dan krim pelembab kulit. Anda juga dinasihati untuk melakukan scrub wajah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi membantu menanggalkan sel kulit mati.
27. Kulit yang sering mengalami alahan juga lebih mudah mengalami kesan penuaan berbanding kulit normal. Jadi, kenalpasti punca alahan kulit anda.

*sumber:: PMCare Capsule apr-june2012
Berkongsi info tanpa gambar  :)

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook