Sekadar Berkongsi Rasa

Wednesday, February 01, 2012

Korang pernah rasa tak kehilangan org yg korang sayang?...Aku pernah...kehilangan ibu tersayang.
Semalam sedang sibuk menyiapkan bahan2 utk meeting hari ni....aku terdengar riuh2 rakan2 ofis bercerita...rupanya mereka menerima berita kematian anak sorang rakan di pejabat ini. Allahu akhbar..luluh hati mendengar kematian akibat kemalangan jalanraya...yg paling sedih...anak beliau dilanggar oleh lori tanah yg penuh muatan....terkedu seketika sbb baru Isnin lepas bergurau dengan rakan tersebut...bercerita tentang kisah harian...tetiba beliau kehilangan anak yg tersayang....berusia 16 tahun..perempuan....dan kehilangan yg amat tragis.
Insaf rasa diri betapa kita tidak tahu berapa lama lagi jangka masa umur ini dipinjamkan kepada kita utk bersama2 dengan org2 tersayang, rakan2 sekeliling.
Ketika balik kerja pulak....di pertengahan jalan hujan turun selebat2nya disertai dgn guruh dan kilat sambung menyabung...tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu. Memang selalu jugak aku memandu bersendirian ketika hari  hujan tp suasana semalam memang berlainan. Sepanjang jalan dlm kerta aku membaca ayat2 suci yg terlintas dan berzikir sekuat2nya utk hilangkan rasa gementar.....syukur dlm lebat2 hujan tu aku sampai ke rumah....elok masuk ajer pintu rumah terdengar pulak dzakwan menangis ketakutan dengan bunyi guruh yg kuat....kesian anak aku....
Sesungguhnya semalam memang menginsafkan aku.....
Ya Allah moga aku diberi peluang utk membesarkan anak2 sebaiknya
Moga aku diberi peluang utk bersama dengan mereka yg aku sayangi...
Kepada rakan yg kehilangan...moga tabah menghadapinya tika ini.....ada hikmat di sebalik setiap kejadian....moga tenang roh di sana dan moga ditempatkan di kalangan mereka yg terbaik....amin....al fatihah...

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook