Jom choo choo

Saturday, January 29, 2011

Apa aktiviti korang hari sabtu ni?....Chik la sekadar bermalas malas kat rumah berehat rehat menghabiskan masa cuti..hehe. Tak la..mana nye boleh berehat rehat sangat..kena carik jugak aktiviti untuk dibuat. Salah satunya update entry akt sini..hehe..
Ish pengenalan tadak kaitan dengan tajuk. Sebenarnya nak crita entry tertunda lagi. Nipun aktiviti cuti sekolah lalu. Teringin nak naik keretapi so idea bernas dikeluarkan kepada hubby tanpa pengetahuan anak2. Oleh kerana tak mau perjalanan yg jauh, kami decide naik ajer perjalanan daripada Butterworth ke Taiping..boleh la dok dlm keretapi dalam sejam setengah...ok la kan..dapat la jugak merasa. Anak-anak memang tak tahu plan kami ni...tiket pun pi beli sorok2...hehe.
Perjalanan ke selatan hanya ada dengan Express Rakyat jam 8pagi daripada stesen Butterworth. Haruslah pagi-pagi hari sebaik sahaja masuk waktu suboh semua dikerah bangun dan bersiap. Malam sebelum tu dah beritahu pada anak2...barulah mereka excited dan tak susah nak bangun pagi hehe.....Oleh kerana kami bercadang nak stay overnight di Taiping so kena la ada transport. So hubby sukarela dlm terpaksa (hahaha.....) tidak turut serta dlm rombongan kami berkeretapi. Hubby hantar kami ke stesen dan terus memandu ke Taiping tunggu kami sampai. Sian hubby......

Ntah apa yg afiah fikirkan agaknya sementara menunggu keretapi sampai....

Ni masa kat stesen Butterworth. Keretapi yg dibelakang tu baru sampai daripada Singapura...kami kena tunggu kepala keretapi dan sebahagian gerabak bergerak ke landasan satu lagi baru boleh naik...

Tak sabar-sabar nak tunggu keretapi ni bergerak....tak ramai orang pun yg naik di stesen ni, so banyak tempat kosong....

Afiah dah start nak nangis sebab ayah tak follow sekali...macam nak berpisah lama kan...hehe...tu dok pegang sapu tangan dah standby sbb dok tengok ayah kat luar...

Yang ni perjalanan merentas Tasik Merah sebelum sampai di stesen Taiping. Masa ni hujan gerimis....

Keseluruhannya perjalanan ni ok la. Bagi yg nak berjalan santai rileks rileks boleh la bawa anak2 naik keretapi ni. Sesekali tukar angin kan....kami sampai lebih kurang jam 9.45 pagi...hampir setengah jam jugak la hubby tunggu....alhamdulillah selamat......

You Might Also Like

2 comments

  1. salam kenal..
    tak penah pula saya berjalan dgn anak2 tanpa suami..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal juga...chik la pun tak pernah ni...yg ni pertama kali hubby tak ikut..tp utk 1 jam setengah ajer....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook