bila dah tak tahu nak makan apa

Tuesday, July 13, 2010

hmmm..pernah tak rasa macam tajuk entry chik la ni?....hari jumaat lepas..balik kerja terus chik la dan hubby pi antar anak2 ke kelas Kumon mereka. Sementara menunggu kami ronda2 la pasar malam yg berdekatan. Chik la ni dok pikir jugak la menu untuk makan malam...tp rasa macam semua nya tak lalu..hehhe ...tanda2 nak ajak makan luar ler tu.  On the way balik suggest kat hubby jom makan nasik kandaq beratur panjang berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling di bandar Georgetown...calling2 member hubby rerupanya gerai tu buka jam 10.30 mlm..hhuhuuhu...larat ke nak tunggu sampai malam....oh tidak!!! Undecided.....last2 jam 8.30mlm kami siap2 keluar rumah menghala ke pulau mutiara...fuhh..jauh tu carik makan!....actually belah malam kalau bukan peak hour dpd kulim nak ke penang dlm 30 min jer dengan kelajuan yg ditetapkan. Atas penang bridge we all decide nak makan mee udang jer kat Teluk Kumbar....so off we go to Ilyana Cafe di Teluk Kumbar. Kat sini ok la jugak mee udang dia.....so we all order mee udang utk chik la, hubby dan maid chik la, nasi goreng utk anak2 dan sotong goreng tepung. Sorry la sempat ambik gambar ni jer ...sibuk dok layan anak2 dengan cerita king kong kat tv.

sepanjang jalan ke pulau pinang...


Pas tu kami terus ronda2 area Padang Kota pulak.....kat situ dok ramai org lagi di tengah2 malam...macam2 aktiviti dok ada..yg bersembang, yg berdating, yg memancing, yg bersihkan jalan.....sibuk sungguh macam siang hari pulak.....tp chik la tak keluar kereta pun sbb anak2 dara berdua dah lena diulit mimpi....cuba layan tengok kapal di tengah lautan.....hehehe...

You Might Also Like

6 comments

  1. sy pnh mkn mee udang kat penang sekali. kt sg dua, bole tahan gak kak.

    ReplyDelete
  2. jauhnya p makan, sampai ke Penang.. bila la laki aku nak bawak p Penang nih.. asyik plan tak menjadi je ;-)

    ReplyDelete
  3. ha....ini baru namanya jalan2 cari makan.........:)

    ReplyDelete
  4. Alya: kat penang memang famous ngan mee udang...nak kena carik tempat yg best jerk...hehhe..

    ReplyDelete
  5. chik na: tak jauh dlm 35 min jer dpd umah...tp kalau peak hr memang makan sejam lebih jugak...sesekali ubah angin...

    ReplyDelete
  6. kak ani: betui tu..jalan jalan carik makan..hehhe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook