Hari Ibu

Monday, May 10, 2010

Tak terlambat lagi rasanya untuk chik la ucapkan selamat hari ibu kepada semua para ibu yg singgah ke blog chik la ni.....hanya pada ibu sahih..ibu yg tau melahir tp tak tau jaga...tak boleh terima ucapan ini.
Rata-rata blog yg chik la masuk melawat hari ni semua cerita pasal hari ibu, sambutan dan sebagainya. Seronok chik la baca.
Chik la tak sambut secara formal...cuma hari jumaat lepas balik dpd kerja, adik mira menghulurkan sekuntum bunga ros...yg diperolehi dpd tadikanya utk diberikan kepada ibu. Terharu jugak sbb abang dan kakakpun sibuk sama..tambahan pulak masa tu hubby tiada di rumah sbb bertugas di vietnam. Sabtu hubby selamat sampai semula kat rumah....sibuk melayan kerenah anak2.
Malam tadi sebelum anak2 masuk tidur, abang (anak yg sulong) seperti biasa akan salam peluk cium dulu sebelum tidor sambil sempat mengucapkan selamat hari ibu ke telinga chik la....huhuuhu..terharu sungguh rasanya....
Ibu chik la dah hampir 14 tahun pergi meninggalkan kami ....namun begitu segala penat lelah arwah ibu chik la membesarkan kami tidak akan dilupakan....moga arwah ibu bersemadi dengan tenang...amin...

Sempat chik la ambil wish ni dpd blog nayville...thanks alya.... :)

You Might Also Like

2 comments

  1. Happy Mother's Day Azi..........smoga dlm keredhaoan Allah SWT n berbahagia dgn famili....:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari Ibu... semoga kita menjadi ibu yg terbahagia dunia dan akhirat ;-)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook