Tak Salah Sesekali Reward Diri Dengan Barangan Berharga.  Korang selalu tak reward diri sendiri atas pencapaian atau penat lelah selama ni?   Akak sendiri biasanya reward dengan pergi makan saja, jarang sangat beli barang.  Kalau belipun, barang-barang keciL untuk kegunaan sendiri. 

Memandangkan kebelakangan ni selalu sangat ada kekangan untuk menulis di sini, maka tahun ni akak reward diri akak dengan tablet baru.  Mudah di bawa ke mana sahaja dan bila-bila ada kesempatan, bolehlah akak menulis.

Dah lama nak tukar yang lama sebab yang lama tu anak-anak dah gunakan untuk tengok movie online.  Sekarang ni macam dah tak function sangat ada tv di rumah, jarang sangat ada penontonnya.


Reward diri, gadget menarik, online, hobi, semangat baru

Bagi yang suka menulis macam akak ni, akak memang perlukan gadget yang sesuai untuk di bawa ke mana-mana sahaja.  Menulis di screen handphone rasa tak puashati, nak screen yang besar sikit.  Nak guna laptop ofis, rasa macam bersalah pula lagipun sekarang ni banyak sangat sekatan penggunaan. Pilihan kali ni Huawei Matepad 12x. 

Tak pernah lagi gunakan brand ni. Pertama kali cuba dan sedang membiasakan diri. Dari segi kualiti gambar dan bunyi, agak best juga. 


Reward diri, gadget menarik, online, hobi, semangat baru

Sambil-sambil atas katil pun boleh  siapkan satu post.  Harap-harap bertambah rajinlah akak bercerita lepas ni.  Selesai reward untuk tahun ni.  Moga semakin bersemangat dalam tugas harian dan semakin banyak idea menarik boleh dihasilkan.


 



12 Comments

  1. Tahniah. Lepas ni bertambah rajina ada gajet baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sedang berusaha untuk jadi rajin menulis.

      Delete
  2. Best dapat rewardkan diri sendiri. Mahal takpe, asalkan tahan lama.
    Alah membeli menang memakai orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesekali kita bagi lebih layanan pada diri sendiri

      Delete
  3. Btw jemput join giveaway Cuya ya

    ReplyDelete
  4. Semoga lebih bersemangat dan rajin blogging Kak 👍🏻

    Sy masih selesa guna handphone. Malas nak on laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handphone pun guna juga tapi mata orang lama..kecik besor kecik besor dah biji mata

      Delete
  5. adalah juga mereward diri sendiri, tapi kadang2 tu selalu je rasa macam eh daripada beli ni baik guna utk itu. padahal duit kita, tapi sibuk je pikir pasal benda lain

    ReplyDelete
  6. Eh samaaa lah kak. Saya pun plan nak beli tablet. Tp asik terpakai traveling saja duitnya 🤣🤣. JD belum beli2 sampai skr. Padahal bgs juga kalau ada tablet, saya bisa update saat traveling.

    Kalau lewat hp memang tak suka, sebab ada banyak foto

    ReplyDelete