Selamat datang 2026.  Belum terlambat rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru 2026 kepada semua pengunjung blog ini.  Blog yang dah macam biskut chipsmore dah ni.  Maaflah agak kurang bercerita di sini kebelakangan ini. Tahu tahu dah masuk tahun baru.

Bila masuk je tahun baru, antara soalan popular - apa azam tahun baru? Setiap tahun akak berazam nak jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.  Moga Allah beri kesejahteraan kesihatan supaya boleh menjaankan amanah yang ada dalam keadaan sihat.

Setiap tahun akak akan sediakan peruntukkan untuk membeli buku. lebih suka  membaca buku secara fizikal berbanding bacaan online. Lebih puas! 

Tapi 2025 nak habiskan 4 buah bahan bacaan ni pun susah !  Macamana nak tambah lagi.  Jadinya, tahun ni akak akan cuba untuk habiskan bacaan ini terlebih dahulu.   Lepas tu baru boleh tambah lagi stok bacaan.  Kena teruskan amalan membaca buku ni supaya otak kita sentiasa bekerja, barulah rasa cergas.


Selamat Datang 2026

Rasanya dah beberapa kali juga bercerita tentang buku-buku ni.  Haha..malu pulak rasanya sebab masih tak khatam-khatam lagi.  

Ada juga beberapa posting lagi yang akak tak share lagi di sini.  Akak cuba selesaikan kisah 2025 seawal yang boleh, baru boleh sambung pula dengan kisah-kisah 2026.  Walaupun tahun ini tugasan di pejabat akan lebih mencabar, akak akan cuba juga cari masa di sini.

Bagi korang yang rajin ikuti kisah akak, korang boleh juga singgah di IG, FB dan TT akak.  Kat situ bolehlah dapat update posting-posting ringkas.  


Macamana dengan korang? Jomlah berkongsi.

1 Comments