Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang.  Korang pernah dengar tak nama kuih batil pisang ni?  Mula-mula dengar namanya, tertanya juga macaman rupanya.  Bila en suami tunjuk, baru tahu rupanya macam kuih talam tapi guna pisang.  Orang banjar panggil batil pisang. Akak tak tahulah kalau ada nama lain.  

Kuih ni muncul dalam menu bila ada pisang masak kat rumah.   Dalam kepala dah nampak nak buat cekodoq pisang atau kek pisang.  Tapi bila balik kerja, lain jadinya.  Kuih batil pisang ni en suami yang buat yer, mengenang zaman kanak-kanak katanya.

Balik-balik ofis, ada kuih ni atas meja.  Terima kasihlah en suami, bila mood rajin sampai, meja makan sentiasa ada menu-menu menarik.  Tak sempat nak tanya resipi penuh kuih ni, akak google aje, jumpa di rasa.my.  Ambil simpan sini, nanti bila-bila ada pisang masak, boleh cuba buat sendiri.


kuih tradisional, kuih orang lama, masakan dengan pisang, masakan orang lama

Sepinggan siap untuk dimakan.  


RESIPI BATIL PISANG

Bahan lapisan bawah:
1 cawan pisang dilenyek kasar
(Saya letak lebih, 6 biji pisang berangan)
2 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula (Saya kurangkan)
Secubit garam


kuih tradisional, kuih orang lama, masakan dengan pisang, masakan orang lama

Kukus bahagian bawah dulu, kemudian baru bahagian atasnya. Nak mudah keluar daripada bekas, gunakan cooking paper di bahagian bawah.  

kuih tradisional, kuih orang lama, masakan dengan pisang, masakan orang lama

Dah siap.  Gunakan kuali besar yang ada penutup dan bahagian dalam alas dengan tunku kecil.  Inilah pengukus kami. Kuali pelbagai guna.  Kalau masa kanak-kanak dulu, arwah mak gunakan bahagian keras (tengah) pada pelepah daun kepala yang dipotong sama panjang dan diikat dengan dawai menjadi bentuk segitiga.  Itulah yang kami gunakan untuk diletakkan sebagai alas pengukus.


kuih tradisional, kuih orang lama, masakan dengan pisang, masakan orang lama

Sejukkan dulu sebelum dipotong.  Buat dalam bekas kecil sahaja, cukuplah untuk kami sekeluarga.

Cara membuat:

1.Campurkan semua bahan kecuali pisang. Blender hingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas mengandungi pisang. Kacau sekata.
2.Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Sapukan sedikit minyak pada loyang 9″. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
3.Kukus selama 20 minit.

Bahan lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
½ sudu kecil garam

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan ke dalam periuk/kuali. Masak sebentar hingga berwap.
2.Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak. Boleh cakar-cakarkan sedikit permukaan bahagian bawah supaya melekat dengan elok dengan bahagian atas.
3.Kukus lagi selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong untuk mendapat potongan kuih yang cantik.
4.Siap untuk dihidang.

*terima kasih untuk resipi ni, akak ambil di rasa.my

Nampak renyah tapi kalau korang pernah buat kuih talam, lebih kurang je caranya.  Kami ni suka menu-menu kuih lama yang kami makan masa kecil-kecil dulu.  Bila cubaan buat menjadi, memang seronok sangat.  Dapat juga kenalkan pada anak-anak.

Jom kita cuba buat kuih-kuih tradisional !


4 Comments

  1. Nampak sedap la kak...lebih kurang macam kuih talam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ...macam kuih talam...masak pun sama macam kuih talam juga.

      Delete
  2. Sedapnya, lama dah tak makan..Hanya orang banjar je tau kuih ni..betul2 terkenang zaman kecik2 dulu....

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar namanya tapi macam kuih talam rupanya. Mesti sedap, sy penggemar kuih-muih tradisi dari pisang.

    ReplyDelete