Makan Kenduri Di Magica Hall @ Dewan Sri Tanjong. Sambungan perjalanan selepas berjumpa Dikwan di sekolahnya hari minggu lepas. Baru sempat nak update. Kena simpan sini, pertama kali dapat jemputan di dewan ini.
Memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak x-staff kami yang dah beberapa tahun bersara. Salah satu sebab akak bertahan lama bekerja di conpany ni adalah kami dah macam satu keluarga besar, terutama yang bekerja di unit-unit negeri. Kami tak ramai dan apa juga yang dibuat memang sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Walau dah bersara lama pun masih ada lagi terima undangan menghadiri majlis-majlis sebegini.
Majlis diadakan di Magica Hall, satu bangunan dengan pasar Chowrasta. Pasar Chowrasta ni antara lokasi pelancong mendapatkan pelbagai jenis jeruk. Kat sini juga ada satu kedai menjual pelbagai buku terpakai dengan harga berpatutan yang akak teringin sangat nak singgah. Masa sampai di sini hari tu kedai tu dah hampir nak tutup. Kat sini terdapat macam-macam jenis buku dijual dan kebanyakannya berbahasa Inggeris.
Cantik hall ni, ruang pun luas antara meja dan tempat makanan diletakkan. Boleh bergerak selesa. Majlis jamuan kenduri ni dibuat bermula jam 6 petang sehinggalah ke malam. Jemputan pun datang berperingkat-peringkat ikut kesesuaian masa masing-masing. Akak pun rasa tenang je nak hadiri majlis ni, cuaca yang tak panas sepanjang jalan ke sini so mood pun okay.
Jamuan kenduri orang penang kenalah ada ayam masak merah, dalca dan istimewa lagi kalau ada kurma kambing. Kurma kambing dan dalca ni memang sedaplah en suami kata. Simpan nama katerer, manalah tahu kalau ada yang nak buat kenduri, boleh lah cuba.
Lepas makan, sembang dengan kawan-kawan yang secara kebetulan sampai waktu yang sama, jumpa tuanrumah , kami pun gerak balik. Tapi tak terus ke kereta, turun dulu ke bahagian bawah, en suami ajak ronda-ronda sekejap Penang Road, memang dah lama tak ke sini. Tapi dah lewat petang tak berapa meriah sangat, banyak kedai dah mula tutup.
Kat sebelah pasar Chowrasta ni ada tempat makan. Tapi kami tak singgah lah, perut kenyang lagi. Antara yang menarik adalah lokasi gerai Ais Tingkap Penang. Nanti boleh cuba.
Ni dari pandangan tempat parking bangunan Pasar Chowrasta.
Masuk Lorong Warna. Dinding-dinding dengan pelbagai lukisan, lantai di warna warnikan. Mungkin sebab tu jugalah diberi nama Lorong Warna.
Sempat jugalah bergambar. Dah diletakkan cermin besar di dinding, ambil kesempatanlah tiga beranak ni. Mak pun ikutkan ajelah.
Dari rooftop bangunan Pasar Chowrasta. Tempat parking banyak di sini. Belakang tu bangunan Komtar. Kalau masa study dulu Komtar adalah lokasi paling popular untuk kami ronda-ronda tapi sekarang dah sendu.
Selesai semula, jomlah balik rumah. Lega jalan tak jem, sempatlah solat Maghrib di rumah. Bulan ni hampir setiap hujung minggu ada jemputan kenduri kahwin. Kami cuba penuhi semampunya sebab nak ambil peluang jumpa kawan-kawan lama, jiran-jiran jauh dan dekat serta saudara mara yang dah lama tak berjumpa.
Tak ada gambar pengantin, pengantin sampai jam 8 malam, tak larat nak tunggu.
2 Comments
laa nih banyak venue pengantin cantik-cantik dekorasinya kan Azi :)
ReplyDeletetahun lepas ke Pasar Chowrasta juga...tak ikot beratur dekat ais tingkap tu...
ReplyDelete