Mengopi Di Kedai Kopi.  Kat mana lagi la kan nak mengopi kalau tak di kedai kopi.    Senang nak ingat nama macam ni.  Kreatif tuan punya kedai ni.  Simple je tapi menarik, cuma kalau hujan tak bolehlah nak mengopi kat sini sebab berbumbungkan langit. 

Malam Sabtu lepas, kak cik balik rumah, Irfan baru lepas night shift , kakak pun ada rumah, kami spend sekejap masa jalan-jalan cari tempat melepak.  Sebelum tu singgah makan dulu, teringat nak makan nasi dalca, maka seberang Jambatan Pulau Pinang lah kami.  Lepas makan, belum nak balik lagi maka singgahlah di Kedai Kopi ni mengopi sambil sembang-sembang anak beranak sekejap.

Lokasi Kedai Kopi ni bersebelahan je dengan kedai makan tadi.  Terletak di Bayan Baru.  Tak nak cerita pasal nasi dalca tadi sebab tak berapa menarik...hahahha...boleh gitu? Kita cerita pasal Kedai Kopi je.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Nampak menarik kedai ni, simple je.  Beberapa set kerusi meja diletakkan di hadapan kedai.  Sambil duduk boleh belek senarai menu dalam tu.  Ada macam-macam pilihan.  Tapi disebabkan kami baru lepas makan nasi, jadi pilih yang ringan-ringan kongis-kongsi. Kena terus ke kaunter untuk buat pesanan.  Lepas order, buat bayaran terus.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Dari kejauhan nampak lah bangunan-bangunan tinggi yang makin banyak di pulau ni.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Kedai Kopi ni terletak di tepi jalan, laluan keluar masuk penduduk setempat.  Area ni memang ada beberapa lokasi kedai mengopi macam ni, so memang malam-malam ceria dan meriah.  Kami pun baru tau tempat ni.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Anak-anak pilih 3 jenis minuman - green tea, coffee latte caramel dan coffee latte.  Ibu rasa serba sedikit, tak berapa minat dengan kopi.  Harga green tea  RM12, coffee latte caramel RM12 dan coffee latte RM10.  Oleh kerana ibu bukan peminat kopi, jadi tak bolehlah nak bagi rating.  Anak-anak kata okay okay je.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Order sampingan, fries RM6 sebekas.  Tapi fries dia macam dah patah-patah so banyak serap minyak.


sembang malam, aktiviti family, lepak dengan anak-anak, keluarga

Burger ni menarik.  Harganya RM10 untuk single burger.  Patty buat sendiri, tebal dan sedap.  Yang ni akak bagi rating 4/5 dari segi rasa dan presentation.  Ramai yang singgah sini, akak tengok order indome goreng, menu popular kot.  Nanti-nanti kalau singgah lagi sini boleh cuba indome goreng pulak.

Sambil sembang, sambil makan dan minum, tau tau dah habis.  Jomlah gerak balik sebab esoknya ada yang kena pergi kerja.




7 Comments

  1. Bestnya menu2 dia. Syok juga tu mengopi sambil makan2.

    ReplyDelete
  2. Best kopi² malam² ni... Tapi Sy pun sama dgn Akk kot, tak brp gemar kopi. Bolehlah takat nak layan tekak sekali sekala tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengopi ni lebih kepada layan anak-anak dan en suami menyembang aje.

      Delete
  3. Tertarik pulak tengok burger tu, murah betul RM10. Sedapnya mengopi sambil memburger. Minggu depan boleh singgah lagi makan indomie.

    ReplyDelete
  4. zaman dolu-dolu memang panggil kedai kopi kan Azie, laa nih je cafe bagai haha.. :)

    ReplyDelete
  5. Memang mudah diingat namanya 😄. Nampaknya saya kalo ke Penang lagi, harus eksplor kawasan lainnya, terutama yg sebrang. Soalnya selama ini asik di Georgetown, paling jauh batu feringhi 😂😂.

    Kopi nih saya memang suka sangaaat. Tp tuhlah, mengurangi yg banyak rasa. Cukup Americano atau kopi susu dengan gula sedikit.

    ReplyDelete