Iftar Satu Ramadhan. Mesti ramai yang update menu iftar satu Ramadhan korang kan? Tambahan pula 1 Ramadhan ramai yang bercuti, ambil peluang berbuka dengan keluarga. Kali ni hari pertama puasa, anak-anak kecuali Dik Wan, yang lain-lain ada di rumah. Abang Irfan pun belum mula jadual kerja baru, dapatlah berbuka bersama-sama. Lepas ni boleh jumpa masa sahur sahaja, jadual kerjanya dah bermula, moga anak ibu ni kuat semangat untuk berbakti pada masyarakat.
Nak share juga menu iftar semalam, manalah tahu boleh bagi idea untuk korang berbuka hari ni atau esok-esok. Jangat teringat nak makan pula tau. Semalam masak simple simple saja. Menu kuah dan kering kena ada. Biasanya yang berkuah, simpan sekali untuk sahur. Keluarga kami ni, waktu berbuka dan sahur mesti makan nasi.
Nampak macam bahan untuk nasi ayam geprek. Ada tempe, takua dan salad lebihan masak sebelum ni, akak goreng je la. Ada pulak ayam, gaul garam kunyit dan sedikit tepung beras, nak bagi crunchy sikit. Lepas tu buat juga sedikit sambal cicahnya.
Jumaat lepas, pak incik belikan mangga raja yang masak kulitnya hijau, isinya manis. Ada lagi berbaki, maka potong-potongkan sahaja bersama baki tembikai yang abang irfan beli. Kurma jangan dilupakan.
Pak incik masakkan masak lemak cili padi pucuk paku dengan ikan dan belimbing buluh. Maaflah warnanya tak meriah sangat, ambil gambar nak cepat, macam nilah jadinya. Masak lemak ni memang dimasak lebih, makan lagi masa sahur pagi tadi.
Daging dan hati masak kicap berempah. Ini menu hari sebelum, masak lebih untuk sahur pertama hari tu. Ada berbaki lagi untuk berbuka pula. Masakan macam ni tak rugi masak lebih, boleh simpan dan panaskan bila nak makan. Sabtu baru ni ada yang menjual daging segar RM100 untuk 4 kilo. Murah jugalah sebab daging baru.
Murtabak ni memang laku keras di bulan puasa. Anak-anak akak memang suka sangat makan murtabak masa berbuka. Kuih lain tak ada tak apa. Biasanya buat alas masa berbuka dan lepas solat baru makan nasi. Tunggulah nanti bila dikwan balik bercuti, dia pun peminat murtabak juga. Murtabak ni abang irfan beli di bazaar ramadhan. Dah lama tak ke bazaar ramadhan di Malaysia katanya. Alhamdulillah tahun ni dapatlah berpuasa di rumah dengan kami.
Hari ni tak tahu lagi apa menunya. Hari kerja biasanya berkejaran sedikit menyediakan juadah berbuka. Pesan pada anak-anak dirumah minta defrost dulu bahan mentah. Nanti tengok apa lagi bahan sediaada dalam esbok yang boleh dimasak. Tunggu idea datang. Harap-harap tahun ini sama macam tahun lepas, berpeluang masak setiap hari untuk berbuka dan sahur.
Selamat berpuasa semua !
8 Comments
Daging dan Hati masak berempah tu sungguh membuka selera waktu sahur dan berbuka.
ReplyDeleteMemang sangat membuka selera. Makan dia dengan nasi putih ja pun dah cukup.
DeleteSemua sedap2 sangat ni especially lauk daging dan hati tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah juadahnya tu...
ReplyDeleteDekat rumah ni suami Sy yg suka sangat murtabak :)
Sedap2 semua berbuka tu.
ReplyDeletewah sedapnye lauk pauk...
ReplyDeleteSA dah ada hati lembu, konon nak goreng masak pengantin tu...x dan nak masak ..Selamat menjalani ibadah puasa kak Azi...
ReplyDeleteUwaaaah meriah menunya kak 😍😍😍. Saya nih tipe yg tak suka masak. Ditambah puasa, jadi memang hanya mau masak yg simple saja .
ReplyDeleteMakanya dah bilang ke suami, selama ramadhan, mostly masakan saya switch ke western style, which means, no rice lah 😂.
Kentang, baby potato, or pasta. Kadang sandwich. Tp saya pastikan asupan protein tetep utama.
Untungnya memang dari anak2 bayi saya biasakan mereka tak harus makan nasi. JD mereka tak ada masalah saat diganti ke roti atau kentang 🤭