Menu Pak Incik Malam Ini.  Hari ini, Jumaat, macam biasa akak bekerja dari rumah. Tapi hari ini jadual sangat padat sebab akak kena attend system training seharian.  Jadinya pagi-pagi lagi pak incik dah keluar mencari habuan sarapan.  Bila balik, terjinjing ditangan beberapa bungkus nasi lemak dan kuih orang lama.  Biasanya kalau ada nasi lemak, makan tengahari memang semua akan skip. 


Menu Orang Kampung

Bila semua dah ke masjid menunaikan solat Jumaat, akak pun cepat-cepatlah angkat baju, ampai baju, kemas mana yang sempat.  Buat menu ringan-ringan buat alas perut.  Petangnya pak incik ke pasar malam.  Bawa balik ikan temenung, sotong, kangkung dan beberapa barang lain.

Selesai waktu kerja, akak pun cepat-cepat lah menyiang ikan dan sotong.  Asingkana mana yang nak masak, selebihnya disimpan.  Pak incik masuk dapur sambil di tangan segenggam batang sayur asin-asin dan daun kari.  Teringatkan baki ubi keledek hari tu. Haaa....dah tahu dah menu apa malam nanti.

Tang tung tang tung la akak siapkan semua bahan sambil pak incik mula memasak.  Lebih cepat begini daripada buat sorang-sorang.  Target nak makan selepas solat maghrib.  


menu kampung istimewa, menu sedap, masakan simple, masakan kegemaran

Maka terhasillah menu kampung pak incik malam ni.  Keledek, daun asin-asin masak lemak kuning, ikan tongkol dan temenung goreng, kari sotong, sambal belacan dan kangkung celur dengan potongan nenas.  Sambal belacan tu abang irfan yang sediakan.  


menu kampung istimewa, menu sedap, masakan simple, masakan kegemaran

Masak lemak kuning keledek dengan daun asin-asin ditambah dengan beberapa ekor udang.  Kalau ada lauk ni memang kena ada ikan goreng dan sambal belacan.  Bila ada sambal belacan kena jugalah ada ulam-ulaman.


menu kampung istimewa, menu sedap, masakan simple, masakan kegemaran

Kari sotong ni lauk tiba-tiba jadi.  Asalnya tak tahu nak masak apa, tiba-tiba datang ilham pak incik nak makan kari sotong.  Kuahnya buat sedikit pekat.  Lebihan kuah, akak simpan, esok-esok boleh campakkan sotong atau pecahkan telur.


menu kampung istimewa, menu sedap, masakan simple, masakan kegemaran

Ikan goreng mesti kena ada.   Ikan tongkol goreng ni paling sedap kalau makan dengan masak lemak.  Akak suka ratah .


menu kampung istimewa, menu sedap, masakan simple, masakan kegemaran

Dapat juga seplastik buah kundang ni pak incik beli di pasar malam.  Dah lama teringin nak makan buah ni, tapi harganya boleh tahan juga.  Inipun pak incik kata sekilo RM25.  Mujurlah buahnya besar dan manis.

Begitulah kalau tiba-tiba pak incik ambil alih tugas di dapur.  Menu kampung memang selalu jadi pilihan.  Anak-anak pun suka makan.  

Esok cuti dah. Akak pun sambung cuti beberapa hari minggu depan.  Apa plan korang hujung minggu ni?