Menikmati Anugerah Maha Esa.  Hampir seminggu tanpa sebarang update.  Dalam kepala ni macam-macam nak share tapi selalu tak sempat habis.  Beberapa entry tergantung tanpa penyudah. Apa yang sibuk sangat tuan tanah ni?  

Marilah hari ni akak bawa korang ronda-ronda kawasan rumah menikmati anugerah Maha Esa pada hambanya.  Sentiasalah panjatkan rasa syukur.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Sekarang ni macam musim luruh pula kat sini.  Rumah berhadapan dengan kebun getah, memang penuh atas jalan daun-daun getah kering berguguran.  Gambar ni diambil sebaik pulang dari pejabat dan di sini baru lepas hujan.  Memang penuh atas jalan ni dengan daun-daun getah. Kalau hari panas, berterbangan masuk kawasan rumah.  Tak larat nak sapu dah.

hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Si Oyen ni memang sentiasa ada di mana-mana kalau kami keluar rumah.  Mengekor sahaja ajak bermain.  Tak pernah jemu yer. Waktu pagi dia akan teman pak incik jalan-jalan luar rumah sambil minum kopi di pangkin luar.  Petang pula dia ikut Amira jalan-jalan sambil bermain kejar-kejar dengan Oyen yang lain.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Pokok jambu madu ni dah mula berbunga dan berputik.  Banyak juga kali ni. Tunggu pak incik pasang sampul pada buahnya.  Kalau terjaga elok, banyak juga nanti hasilnya.  Sepokok aje ni.  Banyak hasil bolehlah berkongsi dengan jiran-jiran.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Sambil-sambil saja tanam puding ni.  Kerat batang pokok puding ni masa jalan-jalan outing dengan Dik Wan beberapa bulan lepas.  Balik rumah, cucuk dulu dalam pasu-pasu kecil ni.  Nanti kita fikir dan letak mana. 

hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Pokok pisang belakang rumah dah banyak kali berbuah.  Kali ni terpaksa kerat tandan buahnya awal sedikit sebab pokoknya dah dipatahkan dek monyet yang datang entah masa bila. Tau-tau dah menyembah bumi pokoknya.  Letak tepi dinding luar rumah sebahagian untuk jamu teman-teman tupai makan.  Selebihnya bawa masuk rumah, boleh juga masak lemak pisang nanti buah-buah yang dah tua tu.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Selak-selak ada nenas rupanya dicelah-celah pokok.  Kena jaga elok supaya tak dipetik dek monyet nanti. Nenas ni manis dan buahnya besar juga.  Sebelum ni memang ada banyak juga pokok nenas yang kami tanam dalam pasu sahaja.  Ni salah satu yang masih berbaki.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Daun pucuk manis pun ada juga.  Ni dah tinggal sedikit lepas dipetik buat masak lemak.  Biasanya bila petik yang ada, pak incik akan tanam yang baru. Ada banyak lagi di belakang tu.  Bila balik kampung pak incik, kami ambil lagi batang-batang pucuk manis ni dan tanam di rumah pulak.  Senang hidup, tau-tau dah boleh ambik daunnya.


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Cili padi purple sedang mengeluarkan hasil sekarang ni.  Cilinya lebih sedikit pedas.  Saja cuba-cuba nak tanam, tak sangka pulak sangat menjadi hasilnya.  Pokok ni di luar rumah, jadi kalau ada yang lalu depan rumah memang boleh ambil sahaja.  Korang pernah tengok tak cili padi purple ni?


hasil bumi, tanaman sendiri, jalan-jalan pagi, cucuk tanam

Pokok belimbing buluh ni sedang mengeluarkan bunga dan putik lagi.  Buah yang lepas baru je habis semuanya, sekarang ni bersambung lagi.  Banyak hasilnya dari bawah pokok sehingga ke atas.  Rezeki semua nanti.  Meriah baliklah sang monyet singgah di pokok ni nanti.

Macam ni lah bila ada kat rumah.  Sentiasa bersahabat dengan alam, seronok, damai, tenang ..semua rasa ada.  Pagi-pagi tengok burung, tupai singgah cari makan.  Rumah kami di kawasan perumahan sahaja jadi tak bolehlah nak buat macam-macam.  

Dah...jom nak masuk waktu kerja, nanti kita sembang lagi.

7 Comments

  1. Ya allah seronoknya ada macam- macam dan paling seronok ada kawasan untuk bercucuk tanam..cili padi purpletu selalu nampak tapi x tau nak cari benih dia kat mana...yang ada yang warna putih tu kak..pernah tanam sebelum ni...

    ReplyDelete
  2. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah tengok cili padi purple. Imbasan pertama, saya ingat kan, baby terung. :D
    Bestnya, pokok nanas keluar buah.
    Saya suka tengok pokok getah yang daunnya macam musim luruh. Cantik.

    ReplyDelete
  4. cantiknya kawasan rumah akak.. kaya dengan tumbuh tumbuhan.. menghijau.. si miow pun ado..

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu ada Cili padi purple 😍😍😍😍. Tak pernah nampak di sini. JD pengn coba kak. Kalo buat sambal JD purple lah ya sambalnya 😄

    Sukaaaanya lihat kawasan rumah Kakak. Banyak tanaman sayur dan buah. Tapi banyak juga monyet di sana yaaa. Terkadang takut memang lihat mereka, tp kalo mereka ambil buah dari kebun kita, artinya di tempat mereka sudah tidak ada makanan. Jadi kasian juga. Tak apalah berbagi rezeki dengan mereka juga ❤️

    ReplyDelete