Menghabiskan cuti sekolah di rumah. Kali ni cuti sekolah memang tak ke mana-mana.  Tinggal Dekwan sahaja yang masih beraekolah, kakak-kakak masih di kolej dan abang pun dah nak masuk kerja tak lama lagi. Nak bercuti sekeluarga agak susah juga sekarang sebab nak kena cari waktu semua ada cuti panjang.  Kalau 2-3 hari rasa tak berbaloi sebab anak- anak yang jauh kalau balik lebih suka nak berehat di rumah.  Jadinya cuti kali ni, hanya jalan dekat-dekat dan kebanyakan masa berada di rumah.

Minggu pertama cuti akak ‘engage’ kan Dekwan dengan kelas tuition dahulu. Nak kekalkan momentum belajar tu selebihnya sebagai pengenalan topik baru di tingkatan dua nanti. Bukan semua subjek pun, hanya untuk subjek matematik. Ramai tanya kenapa satu subjek ni sahaja? Jawapan akak mudah. Matematik perlu konsisten latihan setiap hari. Bila disiplin latihan setiap hari, lain-lain subjek juga akan follow. Memang dari abang Irfan sampai sekarang, keutamaan kelaa tambahan adalah pada subjek matematik.

Minggu kedua dan ketiga, lebih banyak membantu en suami berjualan. Latihan untuk ‘self confident’.  Nampak seronok walaupun penat. Ada masa ramai pelanggan, ada masa tak ada. Kalau denagn en suami memang macam-macam ilmu kehidupan anak-anak boleh dapat, yang penting kena pandai perhati dan belajar.

Minggu terakhir sebelum kembali ke sekolah ni, bagi peluanglah  lepak rumah main games. Tambahan ada yang rajin melayan. Sambil-sambil tu, mak pun dah mula kumpul dan susun keperluan sekolah.  Tak banyak yang perlu diganti, banyak lagi yang boleh guna. Kita guna dulu mana-mana yang boleh ulang guna.

Sambil-sambil tu mak layan juga permintaan anak-anak pergi mall.  Bukan membeli sangat pun lebih pada cuci mata. Poket tak boleh cuci sangat sebab macam-macam nak prepare.  Sempat luangkan masa main bowling dengan anak-anak yang ada. Hanya kakak sahaja yang masih di kolej menyiapkan projek tahun akhirnya sebelum masuk intern.  Ishh...dah nak habis dah 7 semester di kolej dan satu semester lagi akan dihabiskan di rumah sebab dapat tempat intern dekat rumah.  Lepas tu boleh mula cari kerja atau sambung study lagi, tengok rezeki berpihak ke mana nanti.


cuti sekolah, happy family, layan aktiviti

Seronok juga melayan anak-anak ni main bowling.  Masing-masing dah besar, mak pun dah tak mampu nak kejar poin masing-masing.  Makpun dah lama tak golek bola tu.  Lepas main bowling, layanlah pulak makan-makan.  

Tinggal sehari dua lagi sebelum adik balik asrama.  Kali ni rumah tak sunyi, abang Irfan dapat penempatan HO tak jauh dari rumah, kakak pun lagi dua minggu dah balik, amira masih lagi cuti semester.  Jadi bulan Ramadhan ni tidaklah kami berdua sahaja.

Itulah cerita cuti sekolah kali ini.  Nak susun jadual cuti untuk bulan puasa dan menyambut raya pulak lepas ni.


14 Comments

  1. betul tu maths x mcm subjek lain. once terlupa formula x rajin ulangkaji.. haaa mmg payah laa nak jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye...tambah-tambah kalau subjek add math...boleh berjurai air mata kalau tak faham nak buat.

      Delete
    2. maths biasa pun rasa cam dah terbakar otak ni kan add maths? ffuhhhhh hehehhee

      Delete
    3. hahaha...mak depa ni pun tak lepas add math

      Delete
  2. Cie ni pun nak kena cari tuition maths untuk anak masuk sek menengah ni. Maths lemah sikit. Subjek lain semua ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, elok mula dari awal. Budak-budak sekarang ni tahap belajar tak sama macam dulu.

      Delete
  3. Uncle dah tak boleh main boling. Sakit lutut!

    ReplyDelete
  4. awal cuti sekolah ada anak2 sebut nak main bowling. tapi bila kita bertangguh jadi lupa pulak. Aishhhh. ni anak-anak dah balik asrama pulak. tetiba rasa ralat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa nanti cover balik cuti sekolah akan datang.

      Delete
  5. Seronok, dapat main bowling dengan anak-anak. Itu la, bila ada anak yang masih sekolah dan di IPT, agak susah nak cari masa cuti seragam untuk pergi bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah adanya, kalau tak cukup korum biasanya buat aktiviti yang sesuai dengan usia yang ada.

      Delete
  6. Berlibur di rumah pun seru juga. Teringat dulu saat libur sekolah saya dan adik2 jarang traveling Krn papa tak suka. Akhirnya di rumah, tp Krn banyak permainan zaman dulu kami tetap suka. Apalagi papa suka belikan buku bacaan buat hiburan kami.

    Dah lama saya tak main bowling. Zaman dating Ama suami, kalo bingung nak kemana, main bowling lah kami berdua 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga masa akak sekolah, cuti tidak ke mana. Menghabiskan masa cuti di kampung saja. Jarang sangat berliburan keluar. Anak-anak akak sudah dewasa, biasanya keluar sama kawan-kawan atau yang pertama bawa adik-adik keluar.

      Delete