Masak Nasi Daging Dengan Air Asam Kerisik
Masak Nasi Daging Dengan Air Asam Kerisik. Pertama kali akak kenal dan rasa nasi daging ni setelah menjadi warga utara. Mudah nak sediakan sebab bahan utamanya adalah daging dan air asam. Air asam paling sedap dimakan dengan nasi daging ialah air asam kerisik.
Nasi daging ni antara menu yang akan kami masak bila dah tak tahu nak masak lauk apa. Penyediaannya juga tak susah. Sekarang ni kalau nak bagi lembut daging dah mudah. Guna sahaja pressure cooker. Menjelang Ramadhan tidak lama lagi, mesti korang akan pening nak sediakan juada berbuka. Akak cadangkan korang masak nasi daging yang mudah dan sedap ni.
Akak pernah kongsikan cara menyediakan nasi daging dan jelatah di dalam enty yang ni -- NASI DAGING SEDAP
Cara penyediaan air asam kerisik pula, korang boleh ikut yang ini. Lebih kurang sama macam dalam entry akak di atas.
Resipi Air Asam Kerisik
1 batang cili hijau/ cili merah pun boleh
3-4 biji cili padi
1 biji bawang besar
asam jawa
kerisik
gula/garam
Tomato - potong-potong panjang dan jangan terlalu nipis, bahagian tengahnya boleh dikurangkan. Nak masuk semua sekali pun boleh. Cili hijau, cili padi boleh potong bulat-bulat, jangan terlalu tebal dan jangan nipis sangat. Bawang besar potong dua dan hiris nipis.
Kesemua bahan ini korang campurkan. Kemudian masukkan satu sudu kerisik. Buat setengah mangkuk air asam jawa atau setengah sudu pes asam jawa - guna mana yang memudahkan korang. Kalau tak cukup kick asamnya, korang boleh tambah. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Pak incik suka masukkan sedikit belacan bakar.
Gaulkan lagi sambil korang lenyek-lenyekkan tomato tu untuk menjadikan air asam ini sedikit pekat. Kalau nak boleh juga masukkan sedikit perahan limau nipis.
5 Comments
Aduh, kita terus berangan nak buat ni masa puasa nanti.
ReplyDeletesedapnye nasik daging
ReplyDeletehmmm sedapnyaaaa kalau buat utk menu open house best sgt ni
ReplyDeleteLama tak makan ni. Last makan masa menetap di Kulim Kedah dulu. Nak kena cari ni di KL
ReplyDeleteKerisik ini yg saya belum pernah lihat kak 😅😅. Ntah ada dijual atau tidak di Indonesia. Atau bisa jadi namanya lain. Masalahnya Krn belum pernah lihat kerisik saya JD tak tahu juga nama dia dlm BHS Indonesia. 😅.
ReplyDelete