Lunch Date Dengan Team mate di The Light Hotel Penang. Date yang tertunda-tunda banyak kali sebab nak bagi cukup corum. Team akak ni semuanya wanita-wanita hebat. Sebagai customer service team memang semua kena berhati kental dan tak boleh beremosi. Kalau tidak susahlah nak attend pelanggan. Dari awal tahun lagi plan nak bawa mereka ni keluar makan-makan di luar tapi selalu sangat ada tugasan lain yang perlu diuruskan.
Sebelum salah seorang daripada team ni cuti panjang, bos akak pun cepat-cepat booking dan minta semua jangan cuti. Lunch date kami tak jauh dari ofis, kami pilih Hotel The Light Penang. Di sini antara lokasi makan-makan yang agak sedap dan banyak pilihan. Harga boleh tahan juga tapi sesekali untuk reward diri sendiri dan team, apa salahnya.
Buffet Lunch Hotel The Light Penang
Waktu buffet bermula jam 12 tengahari. Ada banyak pilihan makanan yang korang boleh pilih. Daripada nasi dan lauk, western, pelbagai jenis mee, roti dan sup, salad, pelbagai jenis dessert dan minuman. Kalau korang memang suka cuba macam-macam makanan, memang sangat berbaloi singgah di sini.
Meja kami berhadapan dengan salad bar. Ada pelbagai salad pilihan, rojak, jeruk dan di belakang salad bar ini ada tempat sushi. Sushi pun ada yer. Jadi pilihlah makanan apa yang korang nak cuba. Bila makan secara buffet ni kena makan perlahan-lahan dan ambil masa sikit, baru boleh makan banyak.
Air suam yang diberi ni berperasa pandan. Akak pernah terbaca, air pandan ni mempunyai pelbagai khasiat. Bergantung pada penerimaan badan masing-masing. Lain-lain pilihan air juga ada disediakan. Kalau nak air panas manis boleh ke kaunter air, nanti ada yang tolong bancuhkan, korang order je.
Akak paling suka kalau salad bar menyediakan macam-macam pilihan salad dan sos. Baru seronok nak pilih padanan yang sesuai.
Pilihan akak, kekacang, jagung, campuran zaitun, timun, karot, mangga, potongan roti kering dan macam-macam lagi lah. Kita mulakan dengan salad ni dulu.
Oleh kerana ada pelbagai pilihan makanan, akak cuba pilihan western dahulu. Antaranya ialah makaroni bakar, kambing bakar, ayam dan beberapa pilihan lain. Ambil serba sedikit pun dah penuh pinggan. Sambil makan sambil sembang. Macam-macam cerita keluar yang luar daripada topik kerja.
Seterusnya, cuba bahagian nasi pula. Ada nasi putih dan nasi beriani. Akak pilih nasi beriani kambing dan lauk-lauk yang berkaitan. Pilihan menu yang tak rajin nak masak. Sama macam tadi, ambil sedikit-sedikit dahulu. Balik meja, sembang lagi. Memang macam-macam topik yang keluar. Masa ni lah nak bertanya khabar tentang keluarga masing-masing.
Akhir sekali akak pilih dessert terus. Bahagian sup, roti dan mee kena skup sebab dah kenyang. Nanti mengantuk pula nak sambung kerja. Eh..kami keluar awal sedikit daripada waktu lunch dengan kebenaran ketua. Bahagian dessert macam biasa dengan pelbagai jenis kek dan manisan serta buag-buah-buahan. Akak pilih bubur pulut hitam selain daripada beberapa potongan kek kegemaran. Bubur pulut hiitam ni antara bubur yang tak boleh miss makan kalau ada. Akak suka sangat bubur ni tambah-tambah kalau tidak berapa manis. Pilihan yang ni lemak-lemak rasanya, memang kena dengan selera.
Keseluruhannya, memang puashati makan di sini. Bagi yang bertanya berapa harga untuk buffet lunch ni, harganya RM95 seorang. Dengan jumlah pilihan hidangan yang disediakan, agak berbaloi juga untuk yang suka mencuba pelbagai makanan. The Light Hotel ini juga antara hotel terkenal di Pulau Pinang dan letaknya di Sebarang Jaya, Seberang Perai. Kalau korang mencari penginapan di sebelah tanah besar, bolehlah menginap di sini. Lokasinya tidaklah jauh daripada Jambatan Pulau Pinang yang pertama, jadi mudah kalau korang bercadang untuk ke pulau.
Tunjuk gambar makanan je la yer!
8 Comments
Pernah nampak hotel ni. Nampak sedap buffet dia. Mungkin lain kali boleh menginap di sini pulak.
ReplyDeleteMenarik lunch buffet dia. Macam-macam ada.
ReplyDeletelinda memang tak boleh makan buffet...sejenis perut cepat penuh...hahaha...jadi jarang pun berbuka puasa di luar yang berkonsepkan buffet...terasa rugi, tapi kalau org nak belanja, kita tak tolak.. hahaha
ReplyDeleteMasa kat office lama adalah team lunch tp payah betul nak gather semua. Sampaikan bos ammi (HOD) cakap, lock this date. Hahaha kena paksa rela gitu
ReplyDeleteSy suka buffet breakfast dia Kak, banyak pilihan. Teh tarik dia paduuuuu hehe
ReplyDeleteKalau banyak pilihan macam ni yang puas hati kan...
ReplyDeletemenarik ni👍👍
ReplyDeletekalau dpt mkn bufet ramadan kat hotel ni twntu lg best kan?
Oh ic.... Saya walau sering ke Penang tp seberang prai itu blm pernah datangin. Padahal dulu classmate ada yg rumahnya di sana, jauh juga dengan kampus kami di Green drive jelutong .
ReplyDeleteSaya pun tiap makan buffet, pasti yg pertama cari salad dulu. Baru setelah itu lauk berat. Nasi biasa saya skip, kecuali macam nasi biryani okelah.