Sambal Hitam Belimbing Buluh
Sambal Hitam Belimbing Buluh. Pokok belimbing buluh kat rumah akak tengah galak berbuah. Pokok ni tak pernah putus buahnya. Habis berbuah lagi, habis berbuah lagi. Pokok sebatang ni jelah depan rumah. Beberapa kali cadang nak tebang tapi tak tebang-tebang jugak. Pokok ni jugalah selalu jadi persinggahan sang monyet kutip buah belimbing ni. Uisshhh tak masam ke si monyet ni kunyah belimbing buluh ni. Masuk laju-laju pulak tu dalam mulut.
Disebabkan buah kali ni lebat lain macam, en suami war-warkan dalam group taman sekiranya berminat, bolehlah singgah rumah petik ja berapa banyak pun. Kami ikatkan plastik dan letak galah untuk tujuan petik buah-buah yang tinggi. Adalah juga jiran-jiran setaman yang lalu brisk walk pagi-pagi singgah ambil belimbing buluh ni. Seronok rasa bila ada yang singgah, kalau tak makin banyaklah yang gugur atas tanah. Kami pun tak larat nak kutip dah.
Buahnya besar-besar. Bahagian atas lagi besar-besar. Dua hari lepas secara kebetulan kami ada di rumah, ada jiran singgah ambil sebab anak-anak balik kampung sempena cuti sekolah, makcik tu nak buat sambal hitam. Kami pun sambil bersembang, sambil bantu petik buah-buah yang besar di bahagian atas.
Tau-tau semalam sampai kat rumah sebotol sambal belimbing buluh. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Memang sedap sambal ni. Makan dengan telur goreng dan nasi panas pun dah buka selera. Hmm..kena berguru ni nak hasilkan sambal sedap macam ni.
Cerita Ceriti Belimbing Buluh
Sedikit perkongsian tentang belimbing buluh yang akak baca di wikipedia. Menarik juga infonya.
Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.
Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya.
Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Kalau ikut orang lama, bagus makan belimbing buluh ni. Ada khasiat tertentu. Keberkesanannya bergantunglah pada setiap individu. Apapun , kalau rasa tak sihat, baiklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk dapatkan nasihat pakar. Perubatan alternatif atau tradisi ni sebagai usaha untuk kesihatan yang lebih baik.
Akak tak pernah lagi cuba buat sambal hitam belimbing buluh ni. Nanti nak cuba buat juga. Kena cari dan simpan resipi di sini, nanti bila nak buat mesti akan jadi pula resipi versi akak. Resipi ni akak copy di rasa.my Korang boleh tengok detail gambar di situ, akak nak simpan resipi sahaja. Terima kasih pada rasa.my yang selalu share resipi dan info berguna (bukan review tapi sharing yer)
Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh
Belimbing buluh secukupnya
Garam kasar
Bahan tumbuk dan kisar kasar :
Bawang merah – kisar
Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
Ikan bilis
(nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
Cara memasak:
1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
9 Comments
MasyaAllah lebat sungguh buahnya! Idea war-warkan dan siap letak plastik tu memang terbaik 👍
ReplyDeleteMenggoda sungguh rupa sambal hitam belimbing buluh tu. Kadang beli dapat tekstur jenis kering, tak berapa kena selera saya.
Alhamdulillah, habis dah buahnya di pokok tp nampak macam nak keluar bunga lagi.
DeleteSambal hitam lpahang suka pakai belimbing ni juga kan? Sedap tu makan waktu lapar yg teramat dalam. Dengan nasi saja pun jadi
ReplyDeleteBetul, guna belimbing buluh ni . Goreng telur mata makan dengan nasi pun dah cukup sedap.
DeleteNampak sedap sambal ni. Makan dengan nasi dan ulam pun layan je ni.
ReplyDeleteMemang layan betul.
Deletelama tak makan belimbing buluh , dulu selalu masak guna belimbing buluh sebab petik jew kat rumah mak ;)
ReplyDeletepokok ni tanam, memang cepat berbuah dan berbuah lebat.
DeleteDulu di rumah mama di Aceh ada pohonnya, dan memang selalu lebat buah. Tak pernah stop.
ReplyDeleteDi jakarta, ya Allah macam buah langka belimbing wuluh ini 🤣🤣🤣. Berkali2 saya minta asisten utk beli ke pasar, tapi tak pernah ada yg jual. Ntahlah harus cari kemana 😅