Peneman ke Pengacau.  Hari ni akak wfh.  Isnin dan Jumaat memang hari bekerja dari rumah.  Bila di rumah ni, bolehlah buat apa yang patut dulu sebelum mula mengadap laptop.  Pagi tadi sambil ampai baju sambil sembang-sembang dengan en suami yang tengah menebang pokok jambu depan rumah.  Macam biasalah kalau kami keluar pintu rumah, memang dua ekor kucing ni sibuk berkejaran di kaki.   Ada seekor lagi, tapi tak tahu ke mana menyoroknya.


cerita pagi, aktiviti di rumah, hasil tanaman

cerita pagi, aktiviti di rumah, hasil tanaman

Nilah dianya tak tahulah nak teman atau nak kacau.  Lepas makan memang suka panjat pokok, main kejar-kejar tepi jalan.  Pagi ni main celah daun pokok yang ditebang pulak.

Pokok jambu ni baru sahaja lepas berbuah.  Buahnya manis. Kena tebang sedikit bahagian atas supaya pokok tidak tinggi.  Kalau tinggi susah pula nak petik buah.  Dah tiga kali berbuah, alhamdulillah buahnya elok .

cerita pagi, aktiviti di rumah, hasil tanaman

Depan rumah, jalan kecil dalam taman dan berhadapan dengan kebun getah.  Laluan tak sibuk sangat tapi kadang-kadang di 'serang' juga dengan sang monyet yang mencari makan.  Setakat ni tak sampai dalam kawasan rumah lagi setakat lompat-lompat depan rumah. 


cerita pagi, aktiviti di rumah, hasil tanaman

Jambu ni kalau di hentian R&R mencecah RM20/kg.  Tanam sendiri lebih mudah.  Korang panggil apa yer jambu ni? Ada yang panggil jambu loceng.

cerita pagi, aktiviti di rumah, hasil tanaman

Nilah dia si peneman dan pengacau kat rumah ni.  Biasanya dok luar rumah tapi bila dapat masuk dalam rumah memang cari port tidor je.