Masak-masak Hari Sabtu
Masak-masak Hari Sabtu. Minggu ni tak ada plan ke sekolah Dik Wan memandangkan Jumaat nanti dah nak balik sempena cuti sekolah. Jadi minggu ni kita tukar arah ke kolej Kak Cik saja.
Biasanya kalau kami jumpa anak-anak ni memang akan masak siap-siap di rumah, lepas tu berkelah makan. So hari ni, masak yang mudah-mudah saja. Malam tadi en suami dah plan menu yang nak masak, jadi bangun pagi terus siap-siapkan bahan.
Menu pertama sotong goreng kunyit berkicap dengan kentang. Campak-campak saja apa yang ada. Ini masakan kegemaran anak-anak kalau ayah beli sotong. Akak pun suka dan mudah nak sediakan. Kalau tak ada kentang, boleh gunakan kacang buncis sebagai ganti.
Akak masak saja sambal sardin. Dah lama tak makan sambal sardin. Layankan saja. Sambal sardin ni tak rugi masak lebih, kalau tak habis boleh hancurkan buat sandwich pula. Tapi yang ni samba mackerel, en suami tersilap ambil tin, ingatkan tin ikan sardin, rupanya ikan mackerel. Ikan mackerel ni isinya keras sikit kalau ikan sardin isinya lembut. Tapi bila dah jadi sambal, sedap juga sambal mackerel ni.
Kalau ada sambal sardin, kenalah ada telur dadar. Ada pula tempe dalam peti ais, gorengkan saja sebab kami anak beranak memang suka makan tempe goreng.
Ada pulak buah nenas dan timun. Potong-potongkan nanti boleh cicah dengan kuah rojak. Siap semua. Dah boleh gerak jumpa kak cik.
Hujung minggu nanti cuti sekolah dah bermula. Apa plan korang cuti sekolah ni? Akak tak ada plan apapun lagi. Nak susun cuti team dulu lepas tu baru plan cuti sendiri.
12 Comments
Sedap-sedap belaka. Selera makan ni, sambil berkelah satu famili. :)
ReplyDeleteAsal ada masa je, macam ni la keluarga kami.
DeleteBerkelah di asrama/kolej dgn anak² ni feel dia lain kan Kak...masaklah apa pun mesti berselera je. Family time tu yg mahal :)
ReplyDeleteBetul, daripada anak sulong sampai yang bongsu macam ni la akak setiap hujung minggu cuba cari masa dengan anak-anak. Anak-anak semua di kolej/asrama.
DeleteMasak campak-campak itulah yang sedap. Kecur pulak tengok nanas tu.
ReplyDeleteMemang selalu masak macam ni je, kalau plan kadang-kadang tak jadi.
DeletePerasan tak ada macam makhluk tersenyum pada foto pertama kanan bawah?
ReplyDeleteUishhh...tajamnya mata. Nampak dah
Deletesedapnyaaa sotong goreng kunyittt sy suka kalau masakan ni bubuh potongan bawang byk2
ReplyDeleteKan....berebut-rebut jadinya.
DeleteBetuuul, kalo masak sardin tak habis, bisa jadi isian toast ❤️.
ReplyDeleteLagi cuti sekolah di sana ya kak. Di sini cuti sekolah panjang itu June-July. Kalo January begini masih masuk mereka 😄
Ya sedang cuti sekolah di sini, ada kurang lebih lagi 2 minggu.
Delete