Lauk Paling Sedap Sambal Telur Pecah.  Kalau masak hari-hari kat rumah, kadang-kadang dia jadi blur nak masak apa.  Tambahan pula kalau nak makan berdua atau bertiga sahaja.  Paling mudah buat saja sambal telur pecah, memang semua suka.

Sambal telur pecah ni, ikut koranglah nak pecah sebiji-sebiji dan biarkan jadi keras sedikit atau pecah dan hancurkan dalam sambal.  Biasanya, kami suka pecah sebiji-sebiji, bila letak dalam pinggan macam nampak cantik kejadiannya. Macam-macam kan !

Sambal ni makan dengan nasi sahaja pun boleh.  Kalau buat cekodok atau lempeng (orang utara panggil pek nga) pun sedap. 

lauk mudah masak, lauk telur, masak mudah, menu simple

lauk mudah masak, lauk telur, masak mudah, menu simple

Masak satu jenis lauk pun dah cukup. Kalau masak menu ni, akak suka bahagian telur kuning tidak keras.  Aduhh....jom buat sambal telur pecah !