Brisk Walk di Empangan Mengkuang.  Dah lama tak buat aktiviti brisk walk ni.  Nampaknya kena mulakan semula. Bukan sebab bab nak kurus tapi nak jaga stamina badan sendiri.  Sesekali kena paksa juga buat aktiviti luar rumah.  Lokasi yang akak paling suka pergi ialah Empangan Mengkuang.

Empangan  Mengkuang ni antara empangan tadahan air yang ada di Pulau Pinang.  Jaraknya tak berapa jauh daripada rumah akak. Dalam 10 min sahaja, Kali ni pergi berdua sahaja dengan Irfan. Kami keluar rumah seawal jam 7 pagi untuk elak panas bila matahari dah mula naik nanti.  

Walaupun kami rasa awal, rupanya ada yang lebih awal daripada kami. Belum 730 pagi, kawasan parking dah separuh penuh. Tempat parking kat sini luas jadi tak ada masalah parking.  Selepas kawasan ini dibuka semula untuk orang ramai, memang selalu jadi tumpuan untuk mereka yang suka beriadah pagi tau petang.  


riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

Jalan santai-santai sahaja untuk dapatkan sepuluh ribu tapak.  Biasanya Irfan suka joging tapi kali ini dia jalan sama-sama dengan akak. Risau kot nak biarkan akak jalan sorang-sorang sebab mak dia ni dah lama tak buat aktiviti macam ni.  


riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

riadah keluarga, riadah kesihatan, cara mudah untuk kekal sihat

Pemandangan kat sini waktu pagi memang superb sebab tu la akak suka ke sini. Tambah pulak kalau cuaca redup dan sedikit berangin.  Memang layan sangat suasana kat sini, tak terasa kaki terus melangkah.

Bila tengok mereka yang lebih berusia dari akak, gagah melangkah - ada yang berseorangan, ada yang berpasangan, memang rasa lebih bersemangat nak terus melangkah.  Seronok !  Hampir sejam lebih jugaklah kami ambil masa berjalan sejauh 5km. Tercapai jugaklah untuk dapatkan 10 ribu tapak kali ni.
Kalau ada kesempatan lagi, memang akan beriadah di sini lagi.

Hari bekerja tak dapat nak briskwalk sangat, masa terhad. Kita jalan pusing-pusing dalam kawasan rumah sajalah. 


KEBAIKAN BRISK WALK

Banyak kebaikan yang akan kita perolehi dengan aktiviti brisk walk ni.   Kalau berteman, lagi seronok, sambil-sambil berbual, tau-tau dah beribu-ribu langkah berjaya dilalui.

1) Membantu dalam menurunkan berat badan
2) Meningkatkan Kesihatan Jantung
3) Membaiki Postur Badan dan Kekuatan Otot
4) Mengurangkan Stress
5) Memperbaiki Kualiti Tidur

Jom brisk walk !

21 Comments

  1. sy pun suka briskwalk ni
    tau2 je dah lbh 4k steps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ni dah beberapa hari tak brisk walk.

      Delete
  2. Tahun ni belum mula lagi, entah apa yg sibuk sangat pun tak tau lah 😬
    Cantik tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, pelan-pelan kita mula. Harap istiqomah ni sampai bila-bila selagi upaya.

      Delete
  3. Cantiknya tempat ni, sesuai sangat untuk ber-brisk walk sambil tenangkan fikiran. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, tenang rasa nak jalan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

      Delete
  4. Replies
    1. Bila ramai memang tak rasa dah beribu-ribu tapak melangkah.

      Delete
  5. Seronok briskwalk ni. Tahu2 je dah reach daily goals. Badan pun rasa lagi ringan dan aktif. kat mana empangan mengkuang ni ya? cantik betul view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi empangan ni Bukit Mertajam Pulau Pinang. Memang view nya cantik terutama waktu pagi.

      Delete
  6. Oooo... memang jadi tempat orang santai2 eh?

    ReplyDelete
  7. masyaAllah, cantiknye tempat ni kak....

    ReplyDelete
  8. cantiknya view langit & awan gemawan...seronok beraktiviti sambil melihat view yg cantik...

    ReplyDelete
  9. Ehh…tempat yang agak selalu saya pergi semasa menetap di Penang dulu. Agaknya, tak jauh sangatlah rumah kita 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...entah-entah pernah berselisih bahu.

      Delete
  10. Tak tahu lagi saya tempat ini.. walau sering ke Penang tapi saya jarang keluar dari pulau 🤭. Paling jauh batu feringhi 😅

    Saya suka brisk walk tp lebih suka lakukan di treadmill. Sebab tak ada yg menemani kalo outdoor 😄.

    Walaupun ini bukan workout favorit saya, tp memang hrs dilakukan utk kesehatan jantung. Saya lebih suka workout beban soalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi tempat ni di sebelah seberang perai. Sekarang ni cuba untuk buat workout hari-hari tapi selalu tersasar daripada plan.

      Delete
  11. Cantiknya tempat brisk walk ni.

    ReplyDelete