Makan Yong Tau Foo Taiping. Antara makanan yang terkenal di Taiping ni ialah yong tau foo. Kalau nak tahu di mana lokasi yang popular, mestilah food court belakang balai bomba. Kalau sebut sahaja nak makan yong tau foo maka di situlah tempat yang akan dituju.
Dah lama tak singgah makan di sini. Terlanjur hantar adik balik asrama, maka kami pun tersinggahlah di sini. Yong tau foo ni yang membezakan rasanya adalah kuahnya. Bahan-bahan lain sama sahaja di mana-mana tempat jualan. Dah banyak juga tempat yang kami cuba tapi yong tau foo belakang balai bomba ni jugalah yang menjadi pilihan.
Walau bagaimanapun di sini juga ada beberapa gerai yang menjual yong tau foo dan tetap ada perbezaan rasanya. Pilihan kami gerai no 3 dari tepi jalan. Korang boleh cuba mana-mana gerai di situ. Citarasakan berbeza !
Ini antara gerai-gerai yang ada. Boleh tahan juga rasa kuahnya. Dah banyak kali ke sini, tapi inilah kali pertama mengambil gambar nampak elok untuk dikongsikan di sini.
Akak suka masukkan sekali kangkung rebus. Tapi makan bahagian daunan sahaja, batangnya tinggal. Selalunya begitulah. Anak-anak pun sama.
Semakin menghampiri malam semakin ramai orang yang datang. Mungkin juga semasa kami ke sini hujung minggu jadi memang ramai orang berkunjung ke Taiping. Kalau pergi hari biasa, mungkin ada satu kedai sahaja yang beroperasi jadi tak banyak pilihan pula.
Selain yong tau foo, korang boleh juga pilih makanan yang lain. Antaranya pelbagai jenis nasi goreng, kerang bakar, sate, nasi ayam, nasi lemak bungkus dan lain-lain lagi. Kalau nak cari penginapan 'walking distance' korang boleh pilih untuk menginap di Novotel Taiping. Lintas jalan je dah sampai. Konsep makan di sini, makanan sampai terus bayar. Begitu juga dengan minuman. Akak suka cara begini, lepas makan korang tak perlulah nak beratur untuk bayar, boleh terus bangun.
Tengoklah kami....gambar sebelum tak sempat diambil, tunjukkan sahaja gambar selepas. Ya, kami masing-masing memang suka makan yong tau foo. Sepinggan besar ni habis makan berlima.
Kalau korang ke Taiping, singgahlah merasa yong tau foo belakang balai bomba ni. Kalau dah cuba, memang akan repeat lagi setiap kali singgah di Taiping !
5 Comments
Pernah sekali rasa tak pasti gerai mana. Kakak ipar beli. Tak kena dengan tekak. Pelik jugak ramai kata sedap kat situ. Rupanya banyak gerai.
ReplyDeleteBetul ada 3-4 gerai di sini yang menjugal YTF.
DeleteEh YTF yg di Taiping ini kuahnya tak cair ya kak? Saya pernah coba di Singapore. Tapi kuahnya cair. Kalo saya lihat dari piring kakak, nampaknya macam thick.
ReplyDeleteBelum pernah coba yg begini.
Penasaran. Saya kalo belum rasa, memang jadi teringin nak rasa
Kangkung saya juga tak suka bagian batang. Takut ada hewan di dalam hahahahah
dr dulu lagi sy sula YTF kuah sup. sbb nak hirup sup panas2
ReplyDeleteyg kuah hitam ni kalau mkn sy x suka kalau ada campur dgn kuah cilii😁
YTF tanpa kangkung x de makna😁
kalau pilihan linda belakang bomba tu, kedai no 1 dari jalan..tapi dah jumpa stall YTF yang sedap, sekali ada kedai tomyam, memang jarang p dah belakang bomba.hihihi...sebab nak cari parking pun berchenta dekat situ.
ReplyDelete