Tips Untuk Anda Yang Selalu Sibuk
Tips Untuk Anda Yang Selalu Sibuk. Selalu bila sibuk, kita akan mengeluh sebab tak dapat nak berikan produktiviti terbaik untuk waktu itu. Mungkin juga akan tambahkan stress diri masing-masing. Berikut akak kongsikan beberapa tips produktiviti yang mungkin sesuai untuk korang yang sibuk dan ingin mengurus masa dengan lebih baik.
Tips Mengurus Masa Untuk Mereka Yang Selalu Sibuk
1. Gunakan Kaedah 25 -5 minit - akak panggil kaedah ini 25-5 minit ialah kerana ia adalah teknik bekerja selama 25 minit diikuti dengan rehat selama 5 minit. Ulang proses ini untuk 4 sesi sebelum ambil rehat yang lebih panjang. Ini membantu mengekalkan fokus tanpa rasa penat atau hilang tumpuan. Kalau korang bekerja di pejabat dan memang kerja megadap komputer, kaedah ini sangat berguna. Akak selalu gunakan kaedah ini ketika di pejabat. Kadang-kadang terbabas juga tapi memang kita perlukan 'take five' setiap setengah jam.
2. Senaraikan Tugas yang Perlu Dilakukan Setiap Hari - Mulakan hari dengan senarai tugas yang jelas. Senaraikan mengikut keutamaan – yang paling penting dan segera perlu diutamakan. Senarai tugas membantu mengelakkan lupa dan memberi panduan yang jelas sepanjang hari.
Disarankan untuk ada sebuah buku kecil dalam handbag atau poket. Sentiasalah rujuk buku tersebut untuk buang dan tambah tugasan yang perlu dibuat. Lebih mudah juga buat notes dalam handphone.
3. Agih-agihkan Tugas Jika Boleh - Jika terdapat tugas-tugas kecil yang boleh diserahkan kepada orang lain, delegasikan. Ini dapat mengurangkan beban dan memberi lebih ruang untuk fokus pada perkara-perkara penting.
Kalau di rumah biasanya memang masing-masing dah tahu tugas masing-masing. Kalau ada yang buat-buat lupa, akak akan panggil nama saja, terus ada yang menyahut, maknanya faham apa nak kena buat. Bila anak-anak dah makin dewasa ni, tugas yang biasanya ibu atau ayah yang buat, dah boleh dilepaskan sedikit-sedikit pada anak. Tiba masa untuk ibu dah ayah lebihkan rehat. Dapatlah akak lebihkan masa untuk menulis di sini.
Begitu juga di pejabat, kalau korang supervisor, kenalah berani untuk agih-agihkan tugas pada anak-anak buah.
4. Amalkan ‘Time Blocking’ atau Sekat Masa - Tentukan slot masa khusus untuk setiap tugasan atau jenis kerja. Sebagai contoh, gunakan jam 9 pagi hingga 11 pagi untuk membaca dan membalas e-mel. Ini membantu mengelakkan multitasking dan menumpukan perhatian pada satu tugasan dalam satu masa.
Akak masih praktik dan perbaiki lagi cara ini terutama ketika hujung minggu atau hari cuti. Biasanya akan cuba slotkan satu jam untuk menulis, satu jam untuk membaca dan yang lain-lainnya akan diisi dengan pelbagai aktiviti lain.
Kalau di pejabat, seawal 830 pagi adalah masa untuk baca dan balas email, semakan semula tugas tertangguh semalam dan ambil tindakan sekiranya belum selesai. Selepas itu baru teruskan dengan tugasan lain.
5. Kurangkan Gangguan Digital - Letakkan telefon dalam mod ‘do not disturb’ atau gunakan aplikasi yang mengehadkan masa penggunaan media sosial. Gangguan daripada notifikasi boleh mengurangkan produktiviti secara signifikan, jadi langkah ini penting untuk lebih fokus.
Ada syarikat yang memang tidak benarkan pekerja memegang handphone sewaktu dalam waktu kerja. Tapi bagi yang memang perlu guna, kenalah hadkan pada urusan penting sahaja terutama di waktu kerja.
6. Pelihara Kesihatan Fizikal dan Mental - Produktiviti bukan hanya mengenai kerja tetapi juga kesihatan. Pastikan mendapat tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat, dan amalkan senaman ringan. Kesihatan yang baik membantu tubuh lebih bertenaga dan minda lebih fokus.
Banyak syarikat yang sekarang ni selalu adakan cabaran-cabaran mudah, contohnya kumpul steps terbanyak, pengurangan berat badan dan sebagainya sebagai galakan untuk pekerja bersenam atau menjalankan aktiviti sihat.
7. Guna Aplikasi Produktiviti - Aplikasi seperti Todoist, Trello, atau Notion dapat membantu menyusun tugas, menjejak kemajuan, dan mengatur kerja dengan lebih baik. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk menyusun tugas dan tarikh akhir. Haa...yang ni akak tak pernah cuba lagi. Nampak macam menarik !
8. Ambil Rehat yang Berkualiti - Kadang-kala, terlalu fokus pada kerja boleh meletihkan. Ambil rehat berkualiti seperti berjalan seketika, mendengar muzik, atau melakukan senaman ringkas. Rehat membantu mengurangkan stres dan menyegarkan minda.
Lebih baik kalau korang buat perancangan awal bercuti sendirian, dengan keluarga atau dengan rakan-rakan. Lepas bercuti biasanya kita akan jadi lebih 'fresh' untuk bekerja.
9. Bina Rutin Harian yang Konsisten - Kebiasaan rutin yang konsisten, seperti memulakan hari dengan agenda kerja atau melakukan refleksi harian, boleh meningkatkan produktiviti dalam jangka panjang. Rutin membantu membentuk disiplin dan mengelakkan penangguhan kerja.
10. Tetapkan Matlamat Jangka Pendek dan Panjang - Tentukan matlamat yang ingin dicapai dalam seminggu, sebulan, atau setahun. Dengan matlamat yang jelas, kita dapat mengenalpasti tugasan yang benar-benar penting dan fokus pada pencapaian.
Semoga tips ini membantu dalam mengurus masa dan kerja dengan lebih baik, serta menambah baik kualiti hidup korang !
1 Comments
nice tips... tips ni bukan untuk orang yg selalu sibok je... berguna guna utk orang yg suka procrastinate macam saya ni.. hehehe
ReplyDelete