Hari ni cerita tentang kucing.  Ini Stellar, kucing peliharaan Irfan sepanjang pengajinnya di India.  Pernah jumpa masa kami ke India baru-baru ini. cantik, comel tapi sayang tak mampu nak bawa balik ke Malaysia. Kos bawa pulang pun sama macam kos seorang kami.  Tapi kat sana tak susah, adik-adik junior ada yang sudi jadi penjaga sementara.  


pet, binatang kesayangan, kucing cantik, usm kle, pelajar, aktiviti pelajar
gambar : dari instagram anak

Berada di perantauan, kadang-kadang menggamit rasa untuk punyai teman selain teman sekampus.  Tambah-tambah mereka yang biasa dengan haiwan peliharaan.  Stellar ni menurut Irfan, dibeli secara berkongsi dengan tiga orang lagi rakan.  Menjaganya juga secara bergilir-gilr.  Senangnya ada tiga empat penjaga berbeza yang berkongsi sayang dengan stellar.  Dari segi makan, suntikan dan sebagainya mereka berkongsi selama hampir sepanjang berada di India.  Untung sang kucing !

Binatang juga ada perasaan.  Sepanjang beberapa minggu sebelum anak pulang ke Malaysia, memang rapatnya dia lebih daripada biasa.  Irfan memang dah uruskan dengan junior yang sudi menjaga Stellar, alhamdulillah dapat yang juga sukakan haiwan, jadi tak susah melepaskan Stellar.

Mungkin suatu hari nanti kita jumpa lagi !

6 Comments

  1. alahaiii mesti irfan rindu rinduan dgn stellar... kena buat vid call selalu ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya diaaaa 😍😍. Pasti sedih harus pisah. Saya pun kadang kalo berpikir harus kehilangan anak2 bulu sekarang, tak tahu lah nak cakap apa. Dah bagai anak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel. Benar sangat, kalau dah dijaga dari kecil, memang sayang untuk dilepaskan.

      Delete