Hadiah Korporat Bukan Sekadar Tanda Penghargaan

Masa berlalu pantas, tahu-tahu dah menghampiri hujung tahun.  Kebiasaannya bila hampir hujung tahun ada pelbagai acara penghargaan yang diadakan bagi menghargai para pekerja yang telah bertungkus lumus menaikkan dan menjaga nama syarikat ataupun tempat kerja.

Bagi yang bertanggungjawap memilih dan menyediakan hadiah mesti pening kepala. Memang itulah pengalaman yang akak sendiri lalui semasa menguruskan majlis penghargaan anggota di tempat kerja! Ada banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih apa. Nak customise hadiah setiap oramg akan mengambil masa dan mungkin juga bertambah belanja.

Akak suka bila ada tempat yang menjual pelbagai jenis cenderahati  mampu milik dan boleh penuhi citarasa kebanyakan orang.  Tak jadilah rambang mata sangat dan terus boleh pilih mana-mana yang diminati.  


Cenderahati Korporat Pilihan Hati

Bila nak pilih cenderahati ni, nak kena sesuaikan juga dengan siapa penerimanya.  Bagi menampakkan keseragaman anggota satu unit yang sama, hadiah korporat paling cantik dan bertepatanan ialah  baju kerja korporat.  Begitu juga baju-T seragam satu pasukan.  Team akak memang ada sehelai baju korporat dan beberapa helai t-shirt seragam yang akan kami gilir-gilir pakai pada setiap hari Rabu.  Bila tiba hari Rabu semua pakai sama, cantik jer.

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah


Kalau nak bagi hadiah pada anggota ataupun pelawat, lebih suka memilih barangan yang boleh jadi kenangan, boleh digunakan atau boleh letak kat ofis.  Antaranya set hadiah kayu, bekas minuman, key chain dan jam.


 

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah

Setiap hadiah yang disediakan pasti akan meninggalkan kenangan pada penerima.  Setelah hampir 20 tahun bekerja, memang banyak koleksi hadiah korporat yang akak simpan sebagai kenangan.  

Oleh kerana sekarang ni kebanyakan negeri telah mengamalkan hari tanpa plastik di pasaraya dan pusat membeli belah. Tote bag adalah pilihan yang paling tepat untuk dijadikan sebagai hadiah.  Akak suka kalau dapat hadiah tote bag, selain jadi koleksi, ianya sangat berguna ketika pergi shopping.  Akak akan sentiasa standby' beberapa tote bag dalam kereta.  Kadang-kadang plan nak membeli beberapa barang tapi bila dah masuk pasaraya memang selalu tak ikut plan.  Memang tote bag selalu jadi penyelamat, walaupun nilai sehelai plastik bag hanya dua puluh sen tapi kita kena menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik.

 

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah

hadiah korporat, cenderahati cantik, cenderahati mampu milik, hadiah kenangan, jom beli hadiah


Begitulah serba sedikit perkongsian idea bagi mereka yang sedang mencari hadiah korporat. Tidak semestinya berharga mahal , yang penting ianya menarik dan ada nilai tambah yang  boleh digunakan.

Korang suka simpan hadiah korporat sebagai kenangan tak?



1 Comments

  1. sy suka kalau dpt hadiah korporat mug yg siap ada logo company, jabatan etc.

    ReplyDelete